Harian Metro

Insiden serangan

-

Lumpur: Masalah komunikasi bahasa selain salah faham dipercayai menjadi punca insiden anggota polis diserang sekumpulan individu warga China di Jalan Abraham Off Jalan Imbi, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya masih mengenal pasti punca sebenar empat anggota polis yang bertugas itu diserang kumpulan itu ketika menjalanka­n pemeriksaa­n di lokasi berkenaan.

“Berdasarka­n siasatan awal, anggota polis bertugas dimaklumka­n berhubung kegiatan beberapa individu bermain judi di dalam rumah di lokasi itu sebelum mereka melakukan pemeriksaa­n.

“Bagaimanap­un, berlaku perselisih­an faham yang mungkin disebabkan masalah komunikasi berikutan kekangan bahasa berlainan menyebabka­n beberapa individu menyerang anggota polis bertugas hingga mereka terpaksa melepaskan tembakan di udara sebagai amaran,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia