Harian Metro

Didenda RM10,000 import ayam, itik tanpa permit sah

-

Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman denda RM10,000 terhadap sebuah syarikat pengimport dan pengekspor­t makanan sejuk beku kerana mengimport ayam dan itik sejuk beku dari tiga negara tanpa permit import yang sah.

Hakim Mohammad Khalid Ab Karim menjatuhka­n hukuman itu selepas syarikat Molyfood Sdn Bhd yang diwakili pengurusny­a, Chiah Mok Yong mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, syarikat itu didakwa mengimport 27,500 kilogram bahagian dada itik dari China, 24,960 kilogram kaki ayam tanpa tulang sejuk beku dari Hong Kong dan 22,299 kilogram paha ayam sejuk beku dari Singapura tanpa permit sah dari Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS).

Perbuatan itu dilakukan di Gudang JPL 1 dan Container Inspection Bay, Pelabuhan Pasir Gudang pada jam 3 petang, 26 Oktober 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia