Harian Metro

Misteri foto dalam telefon

- Sarah Zulkifli Sarah@hmetro.com.my

Seorang lelaki ‘misteri’ warga Korea Utara Ri Ji-u yang gambarnya ditemui dalam telefon bimbit tertuduh pertama, Siti Aisyah berkemungk­inan masih berada di negara ini.

Perkara itu dimaklumka­n Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz pada perbicaraa­n hari ke-16 kes pembunuhan Kim Chol atau didakwa Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Saksi kesembilan pendakwaan Wan Azirul Nizam bersetuju dengan cadangan peguam bela mewakili Siti Aisyah, Gooi Soon Seng berikutan beliau tidak pernah membuat sebarang semakan keluar masuk lelaki berkenaan ke negara ini.

Dalam perbicaraa­n sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh pertama warga Indonesia Siti Aisyah memberitah­u polis bahawa foto lelaki dalam telefon bimbitnya dikenali dengan nama James, namun semakan Cawangan Khas Bukit Aman mendapati nama lelaki itu adalah Ji-u.

Bagaimanap­un, identiti sebenar Ji-u belum dibuktikan di mahkamah dan pembabitan­nya dalam kes bunuh berprofail tinggi itu belum disebut mana-mana saksi.

Gooi: Benarkah kamu menyiasat mengenai Ji-u, warga Korea Utara bernombor pasport 745320046?

Wan Azirul Nizam: Ya, saya ada siasat.

Gooi: Setuju saya cadangkan, Ji-u adalah James?

Wan Azirul Nizam: setuju.

Gooi: Ji-u berumur 30 tahun?

Wan Azirul Nizam: Ya Gooi: Ji-u keluar dari negara ini ke Phnom Penh, Kemboja, menggunaka­n

Ya, penerbanga­n Malaysia Airlines MH763 pada 17 Januari?

Wan Azirul Nizam: Tak pasti.

Gooi: Saya cadangkan kepada kamu Ji-u masuk ke negara ini pada 21 Januari 2017 dari Phnom Penh?

Wan Azirul Nizam: Saya tidak pasti.

Gooi: Soalan saya sebelum ini mengenai dia meninggalk­an negara ini, kini saya bertanya mengenai cara dia memasuki negara ini.

Wan Azirul Nizam: Saya tidak tahu. Gooi: Jadi, kamu tidak tahu sama ada Ji-u masih berada di negara ini atau tidak?

Wan Azirul Nizam: Saya setuju.

Dalam perkembang­an lain, Wan Azirul Nizam berkata, suspek lelaki warga Korea Utara Ri Jong-chol menerima wang AS$38,000 (RM160,626), lima bulan sebelum Kim Chol dipercayai diracun dengan agen saraf VX oleh dua wanita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

“Jong-chol ketika disoal siasat memberitah­u wang itu diterima daripada empat lelaki warga Korea Utara pada Oktober 2016 untuk membeli mi lembut bagi dihantar ke negara itu,” katanya.

Pada prosiding perbicaraa­n minggu lalu, mahkamah diberitahu Jong-chol adalah penyewa unit di kondominiu­m

Kuala Lumpur yang diserbu polis selepas disyaki dijadikan makmal haram menghasilk­an agen saraf VX.

Dalam serbuan itu, polis merampas botol mengandung­i bahan kimia klorida dan sarung tangan, empat telefon bimbit, empat kad SIM, dua tablet dan dua komputer riba dan satu set komputer, berus gigi dan wang tunai AS$38,000 (RM160,626).

Perbicaraa­n di hadapan Datuk Hakim Azmi Ariffin bersambung pada hari ini.

 Saksi beritahu lelaki warga Korea Utara tak dapat dikesan mungkin masih di negara ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia