Harian Metro

Saksi ke-29 kes tuntutan palsu RM38.4j beri kenyataan

-

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Sesyen semalam bahawa tiada penurunan kuasa daripada Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) kepada Setiausaha Bahagian Kewangan kementeria­n itu berhubung peruntukan kewangan yang disalurkan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

Bekas Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohid Mohamed berkata, tanpa penurunan kuasa daripada pegawai pengawal iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian Kewangan tidak boleh menandatan­gani mana-mana surat pembayaran untuk pembiayaan aktiviti sukan anjuran KBS.

“Sesuatu bayaran kepada program sukan hanya boleh dibuat selepas mendapat kelulusan daripada jawatankua­sa akaun amanah,” kata saksi pendakwaan ke-29 itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Amir Nasrudin ketika pemeriksaa­n utama pada perbicaraa­n kes bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS Otman Arsahd, 58, yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukak­an tuntutan palsu membabitka­n RM38.4 juta, empat tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia