Harian Metro

19 tertuduh kes bunuh dibicara bersama

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membenarka­n prosiding kes bunuh, subahat bunuh dan mencederak­an oleh 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terhadap Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dibicaraka­n secara bersama.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah dan Nur Akmal Farhan Aziz.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati perbicaraa­n membabitka­n tertuduh dan saksi yang sama.

Mahkamah menetapkan 8 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, 19 tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap Zulfarhan dengan tujuan memeras daripada mangsa bagi maksud mendapatka­n pengakuan mencuri komputer riba.

Tertuduh itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Enam lagi tertuduh adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia