Harian Metro

Kuasai KBAT ambil tempoh lama

-

Putrajaya: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), bukan program sebaliknya proses dan ia mengambil masa lama untuk dikuasai.

Itu penjelasan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengenai KBAT yang baru-baru ini menjadi topik perbahasan kononnya elemen berkenaan sebagai punca kegagalan dasar pendidikan.

Mahdzir berkata, KBAT adalah proses yang mengambil masa lama dan bukan boleh dikuasai dalam tempoh cepat.

“Menerusi KBAT, kami mahu pelajar berkeboleh­an berfikir, menjawab dan berkomunik­asi dengan cepat.

“Ia proses lama, kita tidak boleh salahkan cikgu dan sekolah saja. Justeru, guru pun kena pergi kursus untuk mengetahui bagaimana mahu ajar KBAT,” katanya selepas menyempurn­akan Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2) di sini, semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Katanya, pihaknya juga mahu elemen Kelas Abad 21 dan penerapan teknologi terkini dalam aspek pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dibawa dalam setiap kelas bagi memberi kefahaman KBAT kepada pelajar.

Mahdzir berkata, pihaknya menjangkak­an proses KBAT menjadi lebih baik dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Baru-baru ini, Mahdzir menafikan guru menjadi punca kegagalan KBAT sebaliknya menegaskan ia satu transforma­si dalam pendidikan.

Menurutnya, KBAT baru dilaksanak­an tiga tahun dan kini guru sedang dilatih untuk mendalami elemen berkenaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia