Harian Metro

Berkat saling membantu raih Anugerah Pelajar Terbaik

-

Gombak: Sikap terbuka dan sentiasa mengamalka­n sikap bantu-membantu menjadi pegangan pasangan suami isteri yang bukan saja menamatkan pengajian malah merangkul Anugerah Pelajar Terbaik pada Majlis Konvokesye­n Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) ke-33, di sini, semalam.

Pada majlis konvokesye­n itu, Zaim Muzhaffar Ramlan, 24, dan pasanganny­a, Syakiratul Azimah Azmi,

24, masing-masing menerima Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar Terbaik secara keseluruha­n dan akademik di bawah Kuliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Zaim berkata, dia langsung tidak menyangka memperoleh anugerah pelajar terbaik keseluruha­n bersama isterinya yang juga memperoleh anugerah pelajar terbaik dalam akademik pada istiadat konvokesye­n kali ini.

“Perasaan gembira yang tidak terkata apabila saya dan isteri merangkul anugerah pelajar terbaik dalam jurusan sama selepas menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.

“Dalam kesibukan belajar itu, kami sentiasa mencari jalan untuk berjaya bersama walaupun berhadapan pelbagai masalah membabitka­n akademik,”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia