Harian Metro

Rasulullah contoh manusia jujur

-

Dalam al-Quran dinyatakan, pada hari akhirat nanti Allah SWT akan memberikan pahala kepada orang yang bersikap jujur manakala akan menyeksa orang yang berbohong.

Surah al-Ahzab, ayat 24

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Supaya Allah membalas orang yang benar kerana kebenaran mereka dan menyeksa orang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhn­ya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.”

Nabi Muhammad SAW memiliki keperibadi­an yang jujur. Malah sebelum turunnya wahyu dan sebelum Baginda menyampaik­an ajaran Islam, orang Quraisy memang mengenali Baginda sebagai orang yang jujur dan sangat dipercayai.

Contohnya, ketika

Hajar Aswad hanyut akibat banjir, Rasulullah SAW turut serta mengembali­kannya ke tempat asal.

Ketika kedatangan Rasulullah yang mahu bergabung dengan pemuda Quraisy, Baginda disambut dengan penuh hormat, “Orang yang jujur dan dapat dipercayai sudah datang.”

Sejak kecil lagi, Rasulullah SAW bersifat jujur. Sahabat Baginda tidak pernah mendengarn­ya berbohong sehingga mereka tidak ragu-ragu mendenagar kata-kata Baginda.

Satu kisah menarik apabila musuh utama Baginda bernama Abu

Jahal juga mengakui baginda adalah orang yang jujur dan tidak pernah berbohong.

Malah pengkaji sejarah dakwah Rasulullah SAW mengakui, Abu Jahal adalah individu yang paling tegar usahanya untuk menggagalk­an perjuangan Baginda sama ada melalui ucapan atau tindakanny­a.

Abu Jahal akan berusaha keras menghina ajaran dibawa Rasulullah SAW selain menghalang sebarang bentuk dakwah disampaika­n Baginda tanpa rasa jemu.

Bagaimanap­un, Abu Jahal tetap mengakui Nabi Muhammad SAW adalah orang jujur dan dia pernah berkata, “Kami tidak mendustaka­nmu. Antara kami, kamu bukanlah seorang pembohong. Kami hanya mendustaka­n apa yang kamu sampaikan.”

Begitu juga ketika Perang Badar, al-Akhnas bin Syuraiq menemui

Abu Jahal dan berkata kepadanya, “Wahai ayah al-Ahkam. Di sini tidak ada orang yang mendengar pembicaraa­n kita. Di sini hanya ada saya dan kamu. Menurut kamu, Muhammad itu orang yang jujur atau pembohong?”

Abu Jahal menjawab, “Demi Tuhan, dia adalah orang yang jujur. Dia sama sekali tidak pernah berdusta.” (Tarikh ath-Thabariy)

Nabi Muhammad SAW mengingatk­an umatnya supaya tidak menganggap remeh mengenai hal kejujuran. Baginda menegaskan, pembohonga­n walaupun kecil, ia tetap dikira sebagai perbuatan dosa.

Dalam satu kisah diceritaka­n Abdullah bin Amir, pada satu hari Rasulullah SAW datang ke rumahnya. Pada waktu itu dia masih kecil dan pergi keluar rumah untuk bermain.

Kemudian ibunya memanggil, “Hai Abdullah ke marilah, ibu akan memberikan kamu sesuatu,” lalu Rasulullah SAW bertanya kepada ibunya, “Apa yang kamu mahu berikan kepadanya?”

Ibu Abdullah menjawab, “Kurma.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu tidak memberinya apa-apa, maka kamu dicatat sebagai pembohong.” (Tafsir al-Wushul, 3/256)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia