Harian Metro

Kempen HOC dedah program aturcara komputer di sekolah

-

Putrajaya: Seramai 90,000 murid menyertai

(HOC) iaitu kempen kesedaran yang bertujuan memberi pendedahan awal dan meningkatk­an kesedaran murid terhadap pengekodan, pengaturca­raan dan sains komputer.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, ia membabitka­n hampir 1,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Lebih menarik, Malaysia menjadi negara tertinggi di luar Amerika Syarikat yang menganjurk­an kempen HOC dengan lebih daripada 2,000 program dianjurkan.

“Kempen yang dilaksanak­an selama dua minggu bermula 30 Oktober hingga hari ini (semalam) mendapat maklum balas memberangs­angkan daripada murid, pelajar dan guru, malah mereka amat menyukai program ini.

“Ini menunjukka­n kita berada di landasan yang tepat untuk memperkena­lkan pengekodan serta pengaturca­raan di sekolah sebab inilah masa depan, jadi kita mahu generasi akan datang bersedia untuk menempuh dunia serba baharu termasuk ekonomi digital...semua ini memerlukan kemahiran pengekodan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri kempen

di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1), di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden Bakat dan Keusahawan­an Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Sumitra Nair.

HOC adalah aktiviti selama satu jam untuk memperkena­lkan kepada murid asas pengaturca­raan dan sains komputer.

Melalui aktiviti ini, murid akan menyelesai­kan masalah melalui gamifikasi drag dan secara dalam talian dan proses ini biasanya mengambil masa antara 30 hingga 60 minit.

 ??  ?? CHONG melihat Nur Jihan Ahmad Syahmy melayari Internet di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1), semlaam.
CHONG melihat Nur Jihan Ahmad Syahmy melayari Internet di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1), semlaam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia