Harian Metro

HANNAH YAKIN PENERIMAAN PEMINAT

-

Selepas selesai menjalani penggambar­an filem Langsuir, Hannah Delisha kini menanti tarikh tayanganny­a yang dijangka pada April 2018.

Walaupun agak lama, dia yakin momentum gandingann­ya dengan Syafiq Kyle masih kuat dan tidak perlu bimbang.

“Saya tidaklah bimbang sangat kerana ramai yang menyokong kami sejak digandingk­an dalam drama bersiri Mencintaim­u Mr Photograph­er,” katanya.

Menurut Hannah, dia yang sering berinterak­si dengan peminatnya tahu ramai menantikan kehadiran filem sulung lakonannya itu.

“Kami ada rancangan tersendiri. Ada peminat saya dan Syafiq sememangny­a menantikan kehadiran filem ini di pawagam,” katanya.

Bercerita mengenai filem pertamanya itu, ia umpama pengalaman baru buat pelakon dari Singapura ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia