Harian Metro

Ada tarikan tersendiri

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Memiliki personalit­i dan penampilan menarik menjadi impian setiap orang baik lelaki mahupun wanita.

Apatah lagi tuntutan kerjaya yang memerlukan­nya sentiasa kemas bergaya setiap hari.

Jadi tidak hairanlah pelakon kacak, Aqasha masih bertahan dan menjadi dambaan ramai wanita apabila dikatakan mampu mencairkan hati mereka.

Apa tidaknya, selepas namanya diumumkan sebagai peserta program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4), ada yang melihat jejaka berusia 35 tahun ini memiliki tarikan tersendiri terutama dalam kalangan peminat wanita dek wajahnya.

Malah, ramai yang ternantina­nti kelibat pelakon utama filem Embun itu beraksi semula dalam arena seni suara.

Bagaimanap­un, bagi pemilik nama sebenar Firdee Akassya Rosli ini, dia tidak menganggap paras rupa pengukur utama menjadikan dia terus kekal dalam industri seni tanah air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia