Harian Metro

Hannah

-

“Mungkin kerana lokasinya sedikit ‘keras’, ada beberapa gangguan yang tidak keterlalua­n dan kejadian aneh.

“Namun, semuanya berjalan dengan lancar. Saya lagi bimbangkan bahaya fizikal berbanding perkara ‘spiritual’,” katanya.

Ditanya mengenai penjiwaan watak sebagai Suri, Hannah ada caranya yang tersendiri.

“Saya perlu kekalkan jiwa saya sebagai

Suri walaupun di luar set. Ketika waktu rehat, saya banyak duduk menyendiri dan memandang pemandanga­n. Sesekali saya nyanyikan lagu Jawa dan mendengar gamelan.

“Dalam kepala, saya sentiasa berfkir mengenai latar belakang, kehidupan dan tempat tinggal

Suri yang memang lain daripada manusia biasa,” katanya.

PENCAPAIAN MEMBANGGAK­AN DALAM

TEMPOH SETAHUN

Selain lakonan, Hannah masih aktif sebagai penyanyi dan kini hadir dengan single terbarunya berjudul Esok Masih Ada.

“Esok Masih Ada adalah lagu ciptaan Hyper Act dan video muziknya juga sudah dilancarka­n di YouTube. Kini, saya dalam rangka promosi untuk lagu baru itu,” katanya.

Kini, Hannah mampu tersenyum dengan pencapaian­nya dalam bidang seni.

Siapa sangka, dalam tempoh setahun, dia sudah membintang­i lapan drama berbahasa Melayu di Malaysia dan Singapura serta satu drama berbahasa Inggeris.

Tidak terhenti di situ, Hannah juga semakin selesa bergerak sebagai pengacara dan akan memulakan penggambar­an untuk program travelog tidak lama lagi. -Syafil Syazwan Jefri

Hannah menyendiri

ketika waktu rehat, nyanyi lagu Jawa demi penjiwaan

watak

 ??  ?? Dalam kepala, saya sentiasa berfkir mengenai latar belakang, kehidupan dan tempat tinggal Suri yang memang lain daripada manusia biasa
Dalam kepala, saya sentiasa berfkir mengenai latar belakang, kehidupan dan tempat tinggal Suri yang memang lain daripada manusia biasa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia