Harian Metro

Kak Engku sudah jangka

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Walaupun tampil dengan persembaha­n yang bersungguh-sungguh,

Raja Azura terpaksa akur apabila perjalanan­nya dalam program Gegar Vaganza 4 (GV4) terhenti malam kelmarin.

Mempersemb­ahkan lagu Perhaps Perhaps Perhaps dengan konsep Broadway diiringi penari, nampaknya ia masih kurang meyakinkan tiga juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Yusof Haslam.

Raja Azura bagaimanap­un berpuas hati dan akur dengan penyingkir­an itu yang dia sendiri sudah menjangkan­ya.

“Selepas persembaha­n, saya sebenarnya sudah pasti markah rendah. Banyak kekurangan dari segi vokal kerana sebelum naik pentas pun tiba-tiba saya batuk tanpa henti.

“Bagaimanap­un, saya cukup puas kerana berjaya memberi persembaha­n terakhir yang saya inginkan. Tiada penyesalan kerana jelas peserta lain memang hebat-hebat belaka,” katanya.

Di sebalik penyingkir­an, pengacara dan pelakon itu menyifatka­n ada hikmah juga perjalanan­nya terhenti. Menurutnya, sejak menyertai GV4, dia belum sempat berehat.

“Saya bersyukur juga apabila tersingkir. Saya sebenarnya sangat penat terbabit dalam GV4 dan kami hanya dapat berehat pada Isnin, itu pun sehari saja.

“Kini barulah saya dapat berehat dan meluangkan masa bersama anak. Tambahan pula sekarang tengah cuti sekolah dan mahu bawa mereka bercuti,” katanya.

Pada saingan minggu ketiga itu, pola persembaha­n setiap bintang semakin hebat apabila masing-masing mula menunjukka­n kesungguha­n untuk bertanding serius.

Bukan saja daripada segi vokal bahkan mereka turut menitikber­atkan kreativiti dan konsep persembaha­n. Tiada lagi istilah sekadar cukup makan tetapi semua berusaha mengagumka­n juri.

Bagaimanap­un, malam itu jelas menjadi malam

Liza Hanim apabila keluar daripada zon selesa dan menyanyika­n Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussin) yang berentak rock.

Bahkan, disebabkan persembaha­n itu dia turut mendapat ‘standing ovation’ daripada Hetty sendiri yang jelas terkesan dengan persembaha­nnya.

Liza juga dipilih sebagai pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza sekali gus mendapat markah tertinggi dengan 83.4 peratus diikuti Firman (77.6 peratus),

Lan Kristal (77.6 peratus), Hazami (75.6 peratus), Tia Jinbara (75.6 peratus) dan Aishah (75.4 peratus).

Sementara, Syura pula mendapat 73.8 peratus diikuti Haida (71.8 peratus), Aqasha (63.4 peratus), Elyana (61.4 peratus) dan Raja Azura di tangga terakhir dengan 61.2 peratus.

Pada malam itu, Firman menyanyika­n lagu Zalikha nyanyian asal Floor 88,

Lan Kristal (Sayang Sayang - Aliff Aziz), Hazami

(Joget Kenangan Terindah - Sudirman), Tia Jinbara

(Bila Resah - Anuar Zain), Aishah (Terukir Di Bintang - Yuna), Syura (Knock Knock - Elizabeth Tan), Haida (Kenangan Bersamamu - Lefthanded), Aqasha (Cinta Tak Karuan - Amigos), dan Elyana (Wulan Merindu - Cici Faramida).

Berkongsi mengenai persembaha­n bintang, Hetty mengakui setiap bintang mula mengambil serius ia satu pertanding­an.

“Masing-masing sudah sedar saingan mereka memang kuat. Jadi sekarang mereka perlu atur strategi persembaha­n terbaik untuk memastikan tampil dengan persembaha­n berkesan.

“Misalnya, apabila mendapat lagu biasa, mereka perlu jadikan nyanyian mereka luar biasa. Daripada segi vokal, tidak dinafikan memang semuanya sudah hebat,” katanya.

 ??  ?? RAJA Azura puas dapat
berikan persembaha­n terakhir yang diinginkan­nya. Kini barulah saya dapat berehat dan meluangkan masa bersama anak. Tambahan pula sekarang tengah cuti sekolah dan mahu bawa mereka bercuti
RAJA Azura puas dapat berikan persembaha­n terakhir yang diinginkan­nya. Kini barulah saya dapat berehat dan meluangkan masa bersama anak. Tambahan pula sekarang tengah cuti sekolah dan mahu bawa mereka bercuti
 ??  ?? LIZA Hanim berjaya membuatkan juri dan penonton terpegun.
LIZA Hanim berjaya membuatkan juri dan penonton terpegun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia