Harian Metro

‘Rapidah banyak persamaan arwah isteri’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Jalaluddin

harap perkahwina­n

kedua kembalikan

semula kebahagiaa­n

hidup berumah

tangga

Betul kata orang, jodoh tidak mengenal usia dan waktu. Itu yang dilalui pelakon veteran popular Datuk Jalaluddin Hassan apabila selamat bernikah dengan Datin Rapidah Abdul Ghani, 44, di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, kelmarin.

Jalaluddin, 63, berkata, tidak pernah terfikir akan berumah tangga sekali lagi selepas genap setahun kehilangan isteri tercinta, Allahyarha­m Hashimah Aksan akibat komplikasi jantung pada 5 November tahun lalu.

“Alhamdulil­lah, dengan izin Allah saya dipertemuk­an jodoh sekali lagi. Saya berharap isteri boleh mengembali­kan semula kegembiraa­n berumah tangga dengan arwah isteri dahulu.

“Saya juga berharap isteri dan anak dapat melalui satu lagi fasa bahagia dalam kehidupan. Apa yang pasti, tugas sebagai suami bukan satu tanggungja­wab yang mudah.

“Jika dahulu ia janji saya pada arwah, kali ini ia diteruskan kepada isteri baru. Semoga perkahwina­n saya ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Mengimbau kembali detik perkenalan mereka, Jalaluddin yang juga bapa kepada lapan anak dan 14 cucu berkata, dia tertarik dengan keperibadi­an Rapidah yang ada banyak persamaan dengan arwah isterinya.

“Saya jumpa Rapidah ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri anjuran abangnya iaitu Lokman Ghani.

“Ketika itu, saya perasan segala pergerakan dan tutur kata sama seperti arwah. Saya pun meminta izin untuk bergambar bersama.

“Pada masa sama, saya memberanik­an diri dan bersikap ‘gentleman’ dengan meminta nombor telefon atas alasan memudahkan saya untuk Apabila kali pertama dia menghantar mesej berupa gambar kami di majlis rumah terbuka Aidilfitri abang, saya tidak pernah terfikir hubungan boleh sejauh ini.

“Selepas berkenalan, apa saya boleh katakan dia lelaki dan bapa yang penyayang. Malah kesungguha­nnya membawa kesemua anaknya berjumpa saya di kampung di Melaka membuatkan saya lebih yakin,” katanya.

Ibu kepada empat cahayamata ini berkata, selepas hidup sendiri keluarga tidak berhenti memintanya agar berkahwin lagi.

“Anak selalu cakap, kalau masih sendiri pahala solat tidak banyak. Jadi, kata-kata ini membuatkan saya terbuka hati berkahwin sekali lagi,” katanya.

Anak restu

Ditanya mengenai penerimaan anak ketika kali pertama menyatakan hasrat untuk berkahwin, Jalaluddin berkata,

 ??  ?? SUASANA ketika majlis akad nikah.
SUASANA ketika majlis akad nikah.
 ??  ?? IMAM membacakan khutbah nikah.
IMAM membacakan khutbah nikah.
 ??  ?? RAPIDAH bersama anakanakny­a.
RAPIDAH bersama anakanakny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia