Harian Metro

Ekspresi sayang untuk anak gadis

-

Walaupun sudah lebih setahun diterbitka­n, lagu ini baru mendapat tempat dalam industri muzik Indonesia dan mula menular ke Malaysia.

Mungkin kerana rentaknya yang tidak terlalu berat, lagu Surat Cinta Untuk Starla mencuri perhatian ramai.

Pada pertengaha­n

Mei lalu, lagu ini pernah mencatat sejarah dalam industri muzik negara itu kerana menjadi video muzik lagu tempatan pertama meraih 100 juta tontonan di YouTube.

Sentuhan kreatif Virgoun tidak perlu dipertikai lagi apatah lagi dia memiliki pendidikan formal kejurutera­an muzik.

Di samping menggunaka­n muzik yang ringkas, Surat Cinta Untuk Starla menyelitka­n bunyi mesin taip yang mencipta kelainan.

“Ini adalah salah satu elemen yang saya masukkan untuk disesuaika­n dengan judul lagu ini. Saya memang gemar bereksperi­men dengan bunyi-bunyian dan untuk lagu ini ternyata ia menjadi,” katanya ketika hadir ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dari segi lirik, Virgoun berjaya menyampaik­an rasa cinta dan sayang buat anak perempuann­ya,

Starla Rhea Idola Virgoun.

“Ini salah satu cara saya untuk mengekspre­sikan perasaan terhadap anak perempuan saya. Jadi, lagu ini sangat dekat dengan jiwa saya,” katanya.

Di Malaysia, Virgoun sudah mula mencuri tumpuan ramai peminat. Dia juga semakin yakin mengorak langkah sebagai penyanyi solo.

“Sebelum bergerak solo, saya adalah vokalis band Last Child dan band itu masih bergerak aktif dalam industri. Tapi, buat masa sekarang, saya berikan masa kepada diri saya untuk mencuba nasib sebagai penyanyi solo,” katanya.

Cipta sejarah di Indonesia apabila video muzik lagu tempatan pertama raih

100 juta tontonan di YouTube

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia