Harian Metro

PAPAN LAPIS DARIPADA SEKAM

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Kritis dan inovatif. Itu yang mendorong gadis muda dari India ini mencipta produk inovasi hijau daripada bahan buangan pertanian.

Memiliki sifat ingin tahu yang tinggi, Bisman Deu,

19, berjaya menghasilk­an papan mesra alam diperbuat daripada sekam padi ketika berusia 15 tahun.

Kunjungan Bisman ke sawah milik keluarga di bahagian utara India pada waktu cuti membuka matanya untuk melihat masalah pencemaran yang berpunca daripada pertanian.

Menurut Bisman, proses pembakaran sekam hasil sisa tuaian padi bukan saja mencemarka­n udara tapi menyebabka­n penduduk sekitar mengalami kesukaran bernafas.

Melihat keadaan itu, terlintas di fikiran gadis muda ini untuk memanfaatk­an sekam bukan saja bagi mengurangk­an masalah pencemaran udara tapi pada masa sama membantu petani menjana pendapatan tambahan.

Usaha Bisman bermula dengan mengkaji mengenai pencemaran dan kemudian dia mendalami sifat sekam itu sendiri sebelum menghasilk­an prototaip di dapur rumahnya.

Bismen mencampurk­an sekam dengan resin sebelum memampatka­n hasil campuran itu pada papan lapis dan membakarny­a.

Hasil eksperimen Bisman berjaya menghasil papan prototaip yang diberi nama Green Wood.

Menurut Bisman, Green Wood sudah dibuktikan kukuh dan sesuai dijadikan bahan binaan kerana ia kalis air, tidak berkulat serta mampu menahan serangan anai-anai.

Bahan binaan alternatif itu bukan saja mesra alam tapi lebih murah berbanding bahan binaan lain.

Selepas berpuas hati dengan prototaip dihasilkan, Bisman mengajak dua rakannya menyertai pertanding­an HP Social Innovation Relay 2013 sebagai satu kumpulan.

Pertanding­an yang menyasarka­n ciptaan produk bisnes inovatif itu mengumumka­n Green Wood sebagai pemenang mengalahka­n penyertaan 43,000 pelajar sekolah dari seluruh dunia.

Kejayaan itu menjadi titik mula bagi Bisman menempa nama di peringkat global dan memperkena­lkan Green Wood ke serata dunia.

Pada 2014, Bisman dijemput sebagai panel dan memberi ucaptama bagi acara UNICEF State of the World Children.

Bismen turut tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia: Youngest bagi 2017.

Kini, Bisman bukan saja fokus mengembang­kan pasaran Green Wood tapi pada masa sama menyambung pelajaran peringkat tinggi dan mengambil pengajian antarabang­sa, politik dan ekonomi di University of Warwick, England.

Bisman berharap produk mesra alam itu dapat membantu lebih ramai penghuni dunia membina rumah serba lengkap dan kukuh dengan kos rendah.

Penghasila­n produk itu turut bertujuan mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap kayu dan papan hasil hutan serta mengurangk­an pembalakan.

Green Wood yang bukan saja berjaya menarik perhatian pengusaha dari India tapi juga ahli

antarabang­sa termasuk dari Ecuador.

 ??  ?? GADIS muda dari India ini menghasilk­LaOnKASI santai yang kadangkala mepnejarnd­iiagaan produk inovasi berusia 15 tahun. tempat tidur Hannah di OPH.
GADIS muda dari India ini menghasilk­LaOnKASI santai yang kadangkala mepnejarnd­iiagaan produk inovasi berusia 15 tahun. tempat tidur Hannah di OPH.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia