Harian Metro

Wawasan DUO PELUMBA

-

minat kami beralih pula ke sukan lumba kereta dan pada mulanya agak sukar kerana saya sendiri tidak tahu apa itu clutch serta gear.

“Pengalaman memandu go kart juga tidak banyak membantu kerana cara pemanduan kereta berbeza jadi saya dan Afiq perlu mengambil masa untuk mahir.

“Bagaimanap­un, kami berdua dapat membiasaka­n diri memandu di litar dengan pertolonga­n jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu berkaitan selok-belok sukan lumba kereta,” katanya yang menjadikan Jazeman Jaafar dan Sebastian Vettel sebagai idola dalam sukan lumba kereta.

Sementara itu, Afiq Haikal berkata, banyak perkara yang terpaksa mereka korbankan sejak menceburi sukan berkenaan.

Antaranya adalah masa bersama rakan sebaya kerana selepas pulang dari sekolah, mereka akan gimnasium untuk menjalani latihan kecergasan.

“Selebihnya, kami akan ke litar untuk menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih kira-kira dua kali dalam sebulan. Kalau diikutkan memang kami hendak juga ada masa berseronok dengan rakan tetapi terpaksa melupakann­ya kerana terikat dengan rutin lain.

“Pendek cerita, kami sudah lali dengan perkara itu kerana memandu di litar lebih memberi kepuasan memandangk­an ia minat saya dan abang sejak kecil,” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju mereka berdua, Afiq berkata, dia dan Amirul berharap berada di kedudukan lima terbaik pada S1K.

Selain itu, dua beradik ini juga bercita-cita membuka bengkel kereta dan kelas mengajar mereka yang berminat menceburi sukan berkenaan.

“Walaupun aktif dalam sukan ini, pelajaran tetap menjadi keutamaan kerana itu bekalan penting pada masa depan.

Namun, kami turut mempunyai perancanga­n lain dan berkongsi keinginan sama iaitu membuka bengkel kereta satu hari nanti.

“Diharap impian itu tercapai kerana kami mahu membuktika­n kepada mereka pembabitan aktif dalam sukan ini tidak sia-sia berbanding menyertai lumba haram yang bukan saja membuang masa malah membahayak­an nyawa,” katanya.

 ?? FOTO ?? AMIRUL (kanan) dan Afiq bersama ibu serta bapa mereka yang memberi galakan menyertai sukan lumba kereta.
FOTO AMIRUL (kanan) dan Afiq bersama ibu serta bapa mereka yang memberi galakan menyertai sukan lumba kereta.
 ??  ?? DUA beradik memasang impian membuka bengkel bersama satu hari nanti.
DUA beradik memasang impian membuka bengkel bersama satu hari nanti.
 ??  ?? MAHU menempa nama dalam sukan lumba kereta.
MAHU menempa nama dalam sukan lumba kereta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia