Harian Metro

Ajak anak kenali budaya jepun

-

Dihias pokok mapel tiruan bersama rona daunnya yang menceriaka­n suasana, siapa saja melalui kawasan berkenaan akan tertarik. Apatah lagi ditambah dengan kehadiran lelaki, wanita dan kanak-kanak yang menggayaka­n kimono iaitu pakaian tradisi masyarakat Jepun.

Biarpun aktiviti yang diadakan agak terhad kerana ruang yang terbatas, acara tradisi masyarakat Jepun bagi meraikan dan mendoakan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan sihat, Shichi-Go-San, kehadiran pengunjung tetap bertali arus.

Inilah kelebihan aktiviti yang diadakan pada hujung minggu terutama membabitka­n kanakkanak. Ia membuka ruang untuk ibu bapa memberi pengalaman, ilmu dan kemahiran baru kepada anak, sekali gus membuka mata mereka kepada budaya negara lain.

Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd Charles Wong berkata, ini tahun kedua festival berkenaan dianjurkan dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia