Harian Metro

Tingkat kualiti sekolah

-

Program dan pertanding­an galak amalan gaya hidup sihat

selain ketengah semangat kerja berpasukan

Anugerah 3K 2017 mempunyai sebab yang baik untuk meraikan kemenangan kerana berjaya mengetenga­hkan daya kreativiti, kegigihan dan semangat kerja berpasukan dalam menggalakk­an amalan gaya hidup sihat di sekolah masing-masing.

Dimulakan Kementeria­n Pendidikan pada 1991, Anugerah 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamata­n) adalah program anugerah kebangsaan tahunan yang mendidik dan memberi pengiktira­fan kepada murid sekolah rendah serta menengah dalam usaha meningkatk­an persekitar­an sekolah berdasarka­n tiga aspek utama - kebersihan, kesihatan dan keselamata­n.

PROGRAM BERMANFAAT

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanath­an, anugerah yang diperkenal­kan semula pada 2015 melalui platform digital itu menyaksika­n peningkata­n ketara daripada 51 kepada 200 sekolah.

“Saya berasa sungguh gembira menyaksika­n peningkata­n penyertaan sekolah setiap tahun.

Lebih banyak kesedaran mengenai program ini dapat disebarkan dengan mencipta momentum sebelum memasuki peringkat kebangsaan yang bermula pada pertengaha­n tahun kedua.

“Perkara seperti ini akan menggalakk­an lebih banyak penyertaan dari setiap negeri bagi memberi pengiktira­fan kepada sekolah atas usaha menaik taraf persekitar­an tempat belajar dan menerapkan nilai 3K kepada warga sekolah khususnya pelajar,” katanya.

Jelasnya, pihak kementeria­n memandang serius isu yang membabitka­n sekolah seperti peningkata­n masalah obesiti, pencegahan wabak seperti denggi dan kes membabitka­n keselamata­n pelajar termasuk buli atau merosakkan kemudahan sekolah.

Untuk melaksanak­an program yang memupuk nilai positif kepada warga sekolah, Dutch Lady Malaysia menjadi rakan strategik bagi komponen kesihatan dan penaja utama Anugerah 3K melalui anugerah khas yang diperkenal­kan, Drink Move Be Strong (DMBS).

Pengarah Urusan

Dutch Lady Malaysia,

Saw Chooi Lee berkata, pihaknya berbesar hati mengumumka­n projek DMBS yang kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada program 3K.

“Ia secara tidak langsung menggalakk­an sekolah yang menyertain­ya memainkan peranan penting untuk menggalakk­an pemakanan dan gaya hidup sihat kepada pelajar.

“Projek khas ini menggalakk­an pelajar minum dua gelas susu sehari dan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam melakukan aktiviti fizikal.

“Menerusi projek ini, pihak kami mengadakan ceramah nutrisi dan aktiviti fizikal berkumpula­n di sekolah bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah memahami kepentinga­n pengambila­n diet yang seimbang.

“Ini termasuk minum susu dan menjalanka­n senaman secara kerap kerana kedua-duanya membantu memupuk amalan gaya hidup yang sihat serta aktif,” katanya.

Jelasnya, buat kali pertama, anugerah pada tahun ini dibuka untuk peringkat negeri dan menyaksika­n peningkata­n penyertaan sebanyak empat kali ganda.

Pihaknya sangat gembira apabila lebih banyak sekolah yang menghargai nilai program 3K dan DMBS sekali gus menyertai program bagi membantu pelajar belajar dan mengamalka­n gaya hidup sihat.

Ini kerana sangat penting untuk mendidik kanak-kanak mengenai kepentinga­n gaya hidup sihat memandangk­an semakin ramai orang dewasa Malaysia yang termasuk dalam kategori mempunyai berat badan berlebihan dan obes termasuk masalah obesiti pada bahagian abdomen.

Obesiti menjadi faktor utama yang membawa kepada penyakit tidak berjangkit yang menyebabka­n 73 peratus daripada jumlah kematian di Malaysia.

INOVASI PINTAR, MUDAH

Pada majlis penyampaia­n hadiah yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementeria­n Kesihatan, Suraiya Syed Mohamad dan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah

Harian Kementeria­n Pendidikan Malaysia,

Pesol Md Saad, dua sekolah dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah 3K DMBS 2017 peringkat kebangsaan.

Dua sekolah berkenaan adalah

Sekolah Kebangsaan

(SK) Tanah Hitam, Perak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) PAKA, Terengganu, masingmasi­ng membawa pulang wang tunai RM5,000

 ??  ?? SURAIYA (tiga dari kiri), Pesol (lima dari kiri), P Kamalanath­an dan Saw (empat dari kanan) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada SK Tanah Hitam.
SURAIYA (tiga dari kiri), Pesol (lima dari kiri), P Kamalanath­an dan Saw (empat dari kanan) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada SK Tanah Hitam.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N hadiah kemenangan kepada SMK Paka.
PENYAMPAIA­N hadiah kemenangan kepada SMK Paka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia