Harian Metro

Ajai, Syamel masing-masing DUA lagu

-

Komposer baru mendominas­i AJL32 dilihat persaingan sihat dalam bidang dunia muzik tanah air

Pentas minggu terakhir separuh akhir Muzik Muzik 32 menyaksika­n komposer terkenal Ajai dan penyanyi serta komposer muda Syamel bakal berentap menerusi dua lagu ciptaan masing-masing pada Anugerah Juara Lagu (AJL32), Februari depan.

Dua lagu ciptaan Ajai adalah Separuh Matiku Bercinta dendangan Dayang Nurfaizah dan Akhiri Cinta nyanyian Salma serta liriknya oleh Slen.

Selain itu, lagu ciptaan Syamel pula ialah Lebih Sempurna dan lagu secara duet, Aku Cinta bersama penyanyi Ernie Zakri.

Syamel ketika ditemui, bersyukur kerana dua lagu ciptaannya itu mara ke pentas AJL32 sekali gus mengubati kekecewaan­nya tahun lalu.

“Alhamdulil­lah, saya sudah buat yang terbaik dan ternyata rezeki untuk mara dengan dua lagu sekali gus pada tahun ini.

“Sebenarnya, saya fokus pada persembaha­n untuk dua lagu ini walaupun ada pihak yang mendakwa tidak mungkin dua lagu ciptaan saya boleh tercalon sekali gus,” katanya.

Syamel berkata, dia juga puas hati dengan persembaha­n Ernie ketika berduet dengannya menerusi lagu Aku Cinta itu.

“Saya percaya Ernie juga sudah buat yang terbaik pada malam separuh akhir ini. Saya juga cipta lagu Aku Cinta ini memang untuk vokal Ernie dan kami sudah menyampaik­an lagu ini bersama selama setahun.

“Insya-Allah, saya akan memberikan yang lebih baik lagi pada lagu Lebih Sempurna dan duet dengan Ernie pada final AJL32 nanti,” katanya.

Ditanya persaingan dengan Ajai pula, kata Syamel, dia mengakui komposer itu antara idolanya untuk bekerjasam­a sejak dulu.

“Sebenarnya, Ajai antara komposer yang saya ingin bekerjasam­a sebelum memasuki program Akademi Fantasia.

“Walaupun minat buat lagu, saya juga impi untuk bekerja dengan komposer hebat seperti Datuk M Nasir dan Ad Samad,” katanya.

Ajai berkata, dia melihat kemunculan ramai komposer baru mendominas­i AJL32 adalah persaingan yang sihat dalam bidang muzik tanah air.

“Muzik bagaikan bidang fesyen dan kita juga perlu akur dengan apa yang dimahukan peminat sekarang.

“Kemunculan komposer baru adalah sesuatu yang bagus kerana mereka barisan pelapis untuk industri muzik terus berkembang pesat,” katanya.

Menurut Ajai, muzik juga adalah satu perkongsia­n tidak kira komposer baru atau lama.

“Sebagai komposer, saya sentiasa mengikuti apa yang dimahukan peminat sebab itu setiap tahun lagu ciptaan saya akan mara ke final AJL,” katanya.

Lagu ciptaan Ajai dan Syamel antara 12 lagu yang mara ke pentas berprestij AJL32 .

Lagu lain yang turut bertanding ialah Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/ Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/ Ibnu/Haqiem Rusli) dan Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari).

Tidak ketinggala­n, lagu Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/ Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/

 ??  ?? PERSEMBAHA­N Akim
The Majistret.
PERSEMBAHA­N Akim The Majistret.
 ??  ??
 ??  ?? GANDINGAN duet Syamel dan Ernie Zakri ketika menyampaik­an lagu Aku Cinta.
GANDINGAN duet Syamel dan Ernie Zakri ketika menyampaik­an lagu Aku Cinta.
 ??  ?? MOKHZANI
MOKHZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia