Harian Metro

Rahsia wajah anak demi projek khas

-

Tentu ramai menyambut gembira berita pasangan artis muda yang baru menimang cahaya mata pertama, barubaru ini.

SS sendiri, walaupun tiada kena mengena pun tumpang gembira kerana ini menandakan satu lagi fasa baru ditempuhi dalam alam rumah tangga mereka.

Semestinya menjadi kelaziman untuk peminat menyaksika­n wajah comel anak pasangan ini.

Apatah lagi gambar sebahagian anggota tubuh bayi ini dipaparkan di laman sosial artis lelaki ini sekali gus menjadikan peminat teruja untuk melihat wajah penuhnya.

Bukan apa, apabila melihat wajahnya, peminat tentunya akan mendoakan kebaikan buat bayi ini terutama soal rezekinya agar dipermudah­kan.

Bagaimanap­un SS difahamkan hanya setakat inilah sahaja peminat dapat melihatnya kerana ada perjanjian tertentu yang sudah dimeterai pasangan ini dengan sebuah stesen TV.

Dikatakan mereka sudah bersetuju untuk merakamkan perkembang­an bayi mereka daripada awal mengandung sehingga dilahirkan dan seterusnya membesar.

Daripada sumber, rakaman masih berjalan dan akan memakan masa. Jadinya, mereka tidak boleh menunjukka­n wajah penuh bayi di laman sosial.

Pada SS, kita wajar menghormat­i keputusan mereka. Ambil secara positif dan anggap ia rezeki pasangan ini serta bayi mereka.

SS: Artis generasi sekarang beruntung kerana dapat menjana pendapatan dengan pelbagai cara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia