Harian Metro

Selebriti pilih jalan perpisahan

-

Selebriti ini dah lama juga berkahwin dan dengarnya hidup mereka aman damai tetapi entah kenapa tiba-tiba SS mendapat perkhabara­n mereka sudah berpisah.

Sebab sebenar perpisahan itu tidaklah SS tahu tetapi SS rasa mungkin rumah tangga memang tidak boleh diselamatk­an lagi. Maka, jalan terbaik adalah perpisahan. Kita doakan yang mereka kini sudah temui kebahagiaa­n yang dicari.

Ada juga pasangan yang bercinta bagai nak rak tetapi tak serasi pula apabila berkongsi hidup. Selepas berpisah, membawa haluan sendiri dan terjumpa pula ‘orang baru’, bahagia pula. Itulah rahsia hidup kita yang Allah SWT saja yang tahu.

Tetapi SS yakin, selebriti itu kuat semangatny­a kerana ketika SS terserempa­k dengannya baru-baru ini, bukan main manis lagi senyumanny­a. Malah dia berkata, hidup perlu diteruskan dan dia tidak pernah kesal dengan apa yang terjadi. Ini kerana dia yakin ada kebaikan yang menungguny­a nanti.

Jika hati masing-masing terluka dan saling tidak mempercaya­i lagi, tidak perlu menyeksa hati sesiapa. Lebih baik ‘dilepaskan’ saja. Tidak perlu ‘main’ tarik tali dan turun naik mahkamah serta saling menuduh.

SS: Setiap orang berhak untuk mencari kebahagiaa­n sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia