Harian Metro

Janji tak lelong rumah PPR Tiada status pelarian khas

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan tidak membenarka­n rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dilelong sekiranya penyewa tidak membayar sewa bulanan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, semua rumah PPR diwajibkan mengikuti skim sewa untuk beli (RTO) bagi membolehka­n penyewa membeli rumah itu selepas lima tahun.

“Saya beri jaminan kalau Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Selangor, kami tidak benarkan rumah PPR dilelong, itu jaminan kami (BN).

“Ini kuasa kerajaan negeri, (Ahli Parlimen) Seputeh jangan marah, sebab kerajaan negeri nak ikut kita (BN) tapi dia tidak mampu nak ikut kita,” katanya ketika menggulung Perbahasan Bajet 2018 Peringkat Dasar bagi KPKT di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, perbuatan melelong rumah PPR adalah tindakan zalim kerana ia menyimpang daripada niat sebenar rumah PPR dibina bagi menyediaka­n rumah kepada golongan miskin dan sederhana.

Kerajaan tidak bercadang memberi status pelarian khas kepada pelarian etnik Rohingya berbanding pelarian lain di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pelarian etnik Rohingya yang datang ke Malaysia diberikan kad pelarian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi agensinya, Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menurutnya, pemegang kad pelarian UNHCR menerima keistimewa­an di negara yang mereka mendapat perlindung­an dan diberikan tempat tinggal serta makanan.

Katanya, walaupun pelarian etnik Rohingya di Malaysia tidak diberi status pelarian khas, mereka dibenarkan tinggal di negara ini dan boleh bekerja mendapatka­n pendapatan.

“Setakat ini kerajaan tidak bercadang ke arah itu, walaupun begitu layanan Malaysia terhadap mereka adalah baik dan istimewa.

“Pertamanya mereka bebas bergerak dalam negara dan mesti mematuhi undang-undang negara kita. Mereka bukan saja bebas bergerak, tetapi boleh bekerja mencari duit poket seperti di sektor peladangan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Kamaruddin Jaffar (PKR-Tumpat) Datuk Kamaruddin Jaffar yang meminta penjelasan kerajaan sama ada bercadang memberi status pelarian khas kepada pelarian etnik Rohingya di Malaysia di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa bekerjasam­a dengan UNHCR untuk mengenal pasti dan mengelakka­n pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mendakwa etnik Rohingya.

“Kami membuat surat pertukaran dengan UNHCR yang mereka kena bagi maklumat dan mesti bersama maklumat yang kita peroleh bagi mendapat jumlah sebenar pelarian Rohingya di Malaysia.

“Ada pihak mengambil cuba kesempatan menjadi pelarian Rohingya dan kami kena mengenal pasti yang betul-betul etnik Rohingya, muka sama tetapi bukan Rohingya,” katanya.

Menjawab soalan asal Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang bertanyaka­n statistik pelarian etnik Rohingya dan adakah unsur ancaman kepada keselamata­n negara, Shahidan berkata, jumlah yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia setakat September 2017 ialah 62,513 orang dengan 53,811 pelarian dan 8,342 pemohon suaka.

Katanya, mereka didapati tidak terbabit dengan perkara yang menyalahi undang-undang negara dan hanya 2,061 orang ditempatka­n ke negara ketiga oleh UNHCR setakat 30 September lalu.

 Etnik Rohingya dapat layanan istimewa

 ??  ??
 ?? Shahidan Kassim ?? Kami membuat surat pertukaran dengan UNHCR yang mereka kena bagi maklumat ”
Shahidan Kassim Kami membuat surat pertukaran dengan UNHCR yang mereka kena bagi maklumat ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia