Harian Metro

Muflis gelumang hutang kad kredit

-

Kuala Lumpur: Hutang kad kredit terlalu tinggi antara punca golongan muda berusia bawah 30 tahun atau 1.1 peratus individu yang diisytihar­kan muflis antara 2014 hingga 2016 di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata, hal itu memberi impak negatif yang tinggi di mana golongan muda sukar membeli rumah meskipun pada nilai rendah.

“Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sembilan individu di bawah usia 30 tahun diisytihar muflis berbanding 3.7 juta pemegang kad kredit.

“Pada 2014, 12 individu bawah 30 tahun diisytihar muflis bagi tempoh sama, 17 orang (2015) dan 22 orang (2016).

“Bagaimanap­un, ketika ini, majoriti mereka yang diisytihar muflis kerana kad kredit adalah berusia atas 30 tahun,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) mengenai jumlah kes kebankrapa­n dalam kalangan generasi muda disebabkan penggunaan kad kredit serta langkah kerajaan bagi membendung­nya di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Menurutnya, Bank Negara Malaysia melaksanak­an langkah mengatasi kes itu antaranya memperketa­t syarat pengeluara­n kad kredit seperti menaikkan syarat pendapatan minimum daripada RM18,000 setahun kepada RM24,000 setahun.

Beliau berkata, pemegang kad kredit yang berpendapa­tan RM36,000 setahun ke bawah hanya boleh memegang dua kad kredit.

 ??  ?? OTHMAN
OTHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia