Harian Metro

Diskrimina­si terhadap wanita Islam

-

Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarka­n Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkaitan larangan pemakaian tudung untuk wanita Islam yang ingin bekerja di bahagian kaunter pendaftara­n hotel tertentu di Malaysia.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM, Nor Azura Kamarudin Sohami berkata, pihaknya menilai kenyataan itu yang secara jelas menafikan hak kebebasan mengamalka­n agama dan bertentang­an dengan peruntukan Perkara 5 dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kami memandang serius sebarang isu diskrimina­si wanita di tempat kerja, tambahan pula ia cuba dijustifik­asikan atas standard dan polisi antarabang­sa.

“Oleh itu, kami menggesa agar pihak berkuasa seperti Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kementeria­n Sumber Manusia mengeluark­an kenyataan rasminya berhubung isu ini,” katanya, semalam.

Menurut Nor Azura, masyarakat memerlukan rujukan mahupun makluman dasar rasmi berhubung isu berkenaan memandangk­an ia menyentuh sensitivit­i beragama dan hak asasi manusia dalam industri yang cuba mengangkat imej negara di mata dunia.

Katanya, amalan bertudung bukanlah suatu amalan yang asing di peringkat antarabang­sa yang meraikan sumbangan tokoh dan profesiona­l wanita Muslim dalam pelbagai lapangan.

“Jangan sampai polemik ini menjejaska­n nama baik negara serta industri pelanconga­n yang integral dengan perkembang­an sejagat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia