Harian Metro

Jangan degil

 Pemaju projek pembinaan diingatkan ikut garis panduan SPAH dalam tangani isu denggi

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Kerajaan Selangor mengingatk­an pemaju projek pembinaan di negeri itu supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengelak peningkata­n kes denggi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Selangor sentiasa melakukan pemantauan terutamany­a pembinaan Sistem Pengumpula­n dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH).

“Semua pemaju perlu mematuhi garis panduan ditetapkan KPKT bagi tujuan berkenaan.

“Jika didapati pemaju mempunyai tempat pembiakan, penguatkua­saan akan diambil sama ada tindakan penutupan atau mahkamah tertakluk kepada arahan berkuat kuasa dari semasa ke semasa,” katanya menjawab pertanyaan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bharu) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Daroyah (PKR-Sementa) berkata, kerajaan negeri menerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Selangor sudah berulang kali membangkit­kan isu SPAH yang menjadi tempat pembiakan denggi ketika Mesyuarat Tindakan Denggi Negeri yang turut dihadiri wakil KPKT.

 ??  ?? DR Daroyah pada sidang DUN Selangor, semalam.
DR Daroyah pada sidang DUN Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia