Harian Metro

Fokus 8 teras kurang kes

-

Kuala Lumpur: Pihak polis Kuala Lumpur meletakkan sasaran lapan teras utama perlu ditangani dalam usaha mengurangk­an kadar kes sekali gus memastikan ibu kota ini selamat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya mengenal pasti lapan teras itu berdasarka­n rekod laporan diterima berhubung kes berlaku di sekitar ibu kota ini serta keadaan semasa.

“Saya selaku pimpinan terhadap pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur mahu memberi tumpuan kepada lapan teras ini yang turut merangkumi kegiatan jenayah seperti ragut, gangsteris­me, dadah, pengganas, judi, penipuan dan samseng jalanan selain tahap keselamata­n serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

“Ini adalah bertepatan dengan fokus utama bagi mengurangk­an kadar jenayah di bandar raya ini yang kebanyakan membabitka­n kegiatan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia