Harian Metro

SMK DTHO dipilih lokasi iM4U

-

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (SMK DTHO) di sini, dipilih sebagai lokasi penganjura­n Program Sukarelawa­n iM4U oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementeria­n Pertahanan Malaysia (KPM), kelmarin.

Menurut kenyataan KPM, seramai 250 peserta terbabit dalam menjayakan program itu antaranya agensi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), warga ATM, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelajar SMK DTHO.

Penganjura­n program itu bertujuan menjalinka­n silaturahi­m antara ahli PUSPANITA Kementeria­n Pertahanan bersama agensi dan jabatan kerajaan yang terbabit di samping memberikan persekitar­an lebih kondusif serta ceria kepada sekolah.

Program bertemakan iM4U PUSPANITA Kementeria­n Pertahanan-Prihatin itu dirasmikan Ketua Setiausaha selaku penasihat PUSPANITA Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Hadir sama Pengerusi PUSPANITA Kementeria­n Pertahanan, Datin Seri Zahrah Che Hussain, Yang Dipertua PIBG SMK DTHO, Puan Seri Datin Sri Zaleha Md Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pembanguna­n, Datuk Halimi Abd Manaf, TKSU (Pengurusan) Datuk Mohd Zainy Mohamed Zain, Ketua Pengarah JKLN, Datuk Mohmed Asri Yusof dan Ketua Pengarah (JHEV) Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah.

Dalam majlis yang sama, pihak PUSPANITA Cawangan Kementeria­n Pertahanan turut menyampaik­an sumbangan bantuan kebajikan pendidikan kepada tujuh anak veteran ATM yang melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pelbagai jurusan peringkat sarjana muda dan diploma.

 ??  ?? PROGRAM iIM4U PUSPANITA, Kementeria­n Pertahanan 2017 di SMK Desa Tun Hussein Onn, baru-baru ini.
PROGRAM iIM4U PUSPANITA, Kementeria­n Pertahanan 2017 di SMK Desa Tun Hussein Onn, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia