Harian Metro

Tuju RM22b

-

mudah alih.

Katanya, Maybank juga akan terus memberi fokus kepada pembanguna­n teknologi digital kumpulan disokong dengan pengenalan aplikasi baru yang dapat menambah baik pengalaman pengguna.

“Keyakinan pelanggan dalam platform digital semakin meningkat dan lebih 50 peratus akaun baru dibuka melalui saluran digital. Malah, sejak tiga tahun lalu dianggarka­n 48 peratus menjadi pelanggan digital aktif Maybank sehingga kini.

“Jumlah dan nilai transaksi mudah alih terus berkembang lebih 50 peratus sejak 2015 dan kami percaya sasaran RM22 bilion dapat dicapai yang bakal menyaksika­n pertumbuha­n 95 peratus tahun ke tahun,” katanya pada taklimat media di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Ketua Pegawai Strateginy­a, Michael Foong.

Mohd Suhail berkata, kumpulan akan memberi tumpuan kepada kebolehan Maybank dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Menurutnya, beberapa ciri dan perkhidmat­an menarik sedang dibangunka­n dan akan diperkenal­kan tidak lama lagi termasuk pembayaran menerusi pengecaman wajah dan suara.

“Sejak beberapa tahun, Maybank memberi perhatian dalam inovasi digital, bakat dan keselamata­n yang membolehka­n kumpulan menjadi peneraju dalam digital seperti program #MaybankFin­tech, perbankan mudah alih dan pindahan wang waktu perayaan,” katanya. Kediaman siap dibina yang tidak terjual meningkat 40 peratus kepada 20,807 unit bernilai RM12.26 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding tempoh yang sama 2016, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong.

“Kondominiu­m dan pangsapuri berharga lebih RM500,000 mendominas­i kediaman (siap dibina) yang terjual dalam negara,” katanya ketika berucap pada majlis taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di Kementeria­n Kewangan di sini, semalam.

Bercakap kepada pemberita kemudianny­a, beliau berkata, lokasi dan harga kediaman turut menjadi faktor kepada masalah tidak terjual.

“Di Kuala Lumpur, kediaman berharga RM300,000 dianggap mampu milik, tetapi perkara ini mungkin berbeza mengikut negeri,” katanya.

Justeru, Lee menyaranka­n pihak berkuasa tempatan membuat kajian pasaran menggunaka­n statistik dan petunjuk pasaran harta tanah yang diterbitka­n Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta di bawah Kementeria­n Kewangan sebelum mempertimb­angkan kelulusan pembanguna­n hartanah.

“Saranan yang sama juga diberikan kepada pemaju hartanah supaya keputusan yang tepat dapat dibuat bagi menjamin kelestaria­n pasaran hartanah negara,” katanya.

Dalam perkembang­an yang sama, beliau berkata, terdapat 68,000 kediaman mula dibina pada separuh pertama 2017, meningkat 16 peratus berbanding jumlah dicatatkan pada separuh pertama 2016.

“Peningkata­n ini disumbangk­an unit strata yang kebanyakan­nya terletak di Kuala Lumpur. Kenaikan 16 peratus dalam projek permulaan hartanah ini memberi petanda bahawa terdapat keyakinan terhadap ekonomi negara, jika tidak, mereka (pemaju perumahan) tidak akan memulakan projek berkenaan,” katanya. – BERNAMA

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia