Harian Metro

MAB beri potongan harga sehingga 30 peratus

-

Jualan Akhir Tahun Malaysia Airlines Berhad (MAB) kembali lagi dengan potongan harga sehingga 30 peratus bagi kelas Ekonomi dan Perniagaan.

Ketua Pegawai Komersialn­ya, Arved von zur Muehlen berkata, tawaran berkenaan bermula dari 14 hingga 24 November dan boleh didapati melalui laman rasmi MAB, agensi pelanconga­n dan aplikasi mudah alih.

“Untuk kelas Ekonomi, harga yang ditawarkan untuk perjalanan ke Delhi bermula dari RM889, Beijing (RM869), Seoul (RM1,079), Perth (RM1,009), Sydney (RM1,489) dan Auckland (RM2,559).

“Malah, pesawat A350 ke London ditawarkan pada harga bermula dari RM2,889,” katanya.

Menurutnya, untuk kelas Perniagaan, harga yang ditawarkan bagi perjalanan ke Medan hanya RM627 dan Taipei (RM1,649).

“Ini adalah peluang untuk pelanggan merancang perjalanan mereka bagi 2018 dan ia sah untuk tempoh perjalanan sehingga Ogos tahun depan.

“Pelanggan juga perlu merebut peluang ini untuk mencuba penerbanga­n dengan pesawat A350 ke London yang bermula 15 Januari nanti,” katanya.

Menurutnya, tiada caj tersembuny­i untuk tempahan secara dalam talian dan tambahan 40kg dan 30kg masing-masing untuk kelas Perniagaan dan Ekonomi, termasuk hidangan dan hiburan dalam pesawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia