Harian Metro

Kaedah turnkey MRT Laluan 3 jimat kos

-

Kuala Lumpur: Keputusan untuk menukarkan struktur pelaksana projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) daripada model Rakan Pelaksana Projek kepada model boleh menjimatka­n perbelanja­an berbilion ringgit.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporatio­n (MRT Corp), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, ia akan membolehka­n MRT Corp mendapatka­n opsyen pembiayaan terbaik memandangk­an 80 peratus kerja membabitka­n kerja pengorekan dan penerowong­an yang menelan belanja yang banyak.

“Jika kita berpeluang untuk menjimatka­n wang rakyat, mengapa tidak kita gunakan kaedah ini? Kita perlu membuat lebih baik daripada Laluan 1 dan 2.

“Pada penghujung­nya, semua ini adalah mengenai penyampaia­n dan kecekapan projek termasuk untuk mengurangk­an kos pengorekan. Saya fikir kita semua mahu melihat kos yang terbaik,” katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai perkembang­an MRT Laluan 3 di sini, semalam.

Shahril berkata, kontraktor akan dipilih melalui sistem tender terbuka yang mana bidaan akan bermula pada Rabu ini (taklimat tender) sehingga 25 Disember dan pembida yang berjaya akan diumumkan menjelang Februari tahun depan.

Bagi memasuki tender itu, bakal pemohon mestilah memenuhi keupayaan kewangan minimum dengan modal berbayar dan dana pemegang saham tidak kurang daripada RM5 bilion.

MRT Corp ketika bercakap mengenai cadangan pembiayaan itu berkata, ia harus merangkumi tempoh pembiayaan minimum selama 30 tahun dan tempoh moratorium selama lapan tahun manakala margin pembiayaan hendaklah tidak kurang daripada 90 peratus daripada jangkaan keseluruha­n kos projek.

Kata Shahril, Hanoi, Jakarta dan New Delhi antara bandar raya yang menggunaka­n model dengan konsep pembiayaan pembinaan landasan kereta api yang membuahkan hasil positif. - BERNAMA

 ?? Shahril Mokhtar ?? Semua ini adalah mengenai penyampaia­n dan kecekapan projek termasuk mengurangk­an kos pengorekan. Saya fikir kita semua mahu melihat kos yang terbaik”
Shahril Mokhtar Semua ini adalah mengenai penyampaia­n dan kecekapan projek termasuk mengurangk­an kos pengorekan. Saya fikir kita semua mahu melihat kos yang terbaik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia