Harian Metro

Wajah baru Harvey Norman

 Cawangan utama di IPC Damansara tawar konsep reka bentuk paling menarik, luas

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

Pertama Holdings Pte Ltd (Pertama Holdings), pemilik rangkaian cawangan perniagaan kelengkapa­n dan keperluan kediaman, Harvey Norman bakal melancarka­n wajah baru cawangan utamanya di pusat beli-belah IPC pada 18 November ini.

Cawangan utama Harvey Norman di pusat beli-belah berkenaan adalah pertama di Malaysia yang menawarkan konsep reka bentuk menarik serta luas dalam kalangan 15 cawangan sedia adanya di negara ini.

Pengarah Urusan Asia Pertama Holdings Kenneth Aruldoss berkata, cawangan Harvey Norman di IPC yang dibuka sejak 2003 mempunyai tarikan tersendiri dan menjadi pilihan pelanggan dalam segmen pertengaha­n dan ke atas.

Beliau berkata, cawangan berkenaan menawarkan barangan kelengkapa­n kediaman terdiri daripada pelbagai jenama terbaik kepada pelanggann­ya.

“Kami melabur lebih RM1 juta bagi kerja menaik taraf cawangan di IPC untuk dijadikan cawangan utama di Malaysia.

“Menariknya mengenai cawangan Harvey Norman di IPC ialah kemasan reka bentuknya mesra pelanggan serta membuatkan pengunjung terasa seperti di kediaman idaman mereka,” katanya di sini, baru-baru ini.

Cawangan Harvey Norman di IPC mempunyai dua aras ruang perniagaan berkeluasa­n lebih 65,000 kaki persegi di mana kerja menaik taraf wajah barunya bermula awal tahun ini dan dibuka kepada orang ramai sejak 11 November lalu.

Kenneth berkata, bagi merancakka­n kehadiran Harvey Norman di Malaysia, pihaknya berhasrat menambah 30 cawangan baru dalam tempoh lima tahun termasuk di Sarawak yang akan dilancarka­n pada akhir November ini.

Katanya, pasaran tempatan memainkan peranan penting bagi Harvey Norman kerana wujud kuasa pembeli yang besar dalam kalangan pelanggan kelas pendapatan pertengaha­n dan tinggi.

 ??  ?? ANTARA perabot yang dipamerkan di cawangan Harvey Norman di IPC
Damansara.
ANTARA perabot yang dipamerkan di cawangan Harvey Norman di IPC Damansara.
 ??  ?? KENNETH
KENNETH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia