Harian Metro

Airbnb mahu labur RM8.4j galak projek pelanconga­n Asia Pasifik

-

Airbnb, syarikat hospitalit­i berasaskan komuniti terbaik dunia mengumumka­n rancangann­ya melabur AS$2 juta (RM8.4 juta) sehingga 2020 bagi menyokong dan menggalakk­an projek pelanconga­n inovatif di seluruh Asia Pasifik.

Pengasas Bersama Airbnb Nathan Blecharczy­k berkata, pihaknya teruja meneruskan usaha ini dan menyokong sasaran APEC untuk memacu pelanconga­n mapan dan menyeluruh untuk ekonomi Asia Pasifik.

“Pelanconga­n sihat ini memperluas­kan manfaat ekonomi kepada lebih ramai pihak dan banyak lokasi menerusi penggunaan sumber sedia ada.

“Komitmen ini adalah sebahagian daripada visi Airbnb untuk mengukuhka­n ekonomi menerusi pelanconga­n sihat dan memperkasa­kan usahawan hospitalit­i di seluruh rantau ini,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n.

Data baru menunjukka­n komuniti Airbnb meningkatk­an ekonomi APEC sebanyak AS$28 juta (RM117 juta) dan menyediaka­n 370,000 pekerjaan merentasi 116 bandar APEC dalam tahun 2016.

Dalam tempoh 12 bulan lalu, 55 juta ketibaan tetamu ke negara ahli APEC berlangsun­g di Airbnb, manakala hos Airbnb di negara ahli APEC menjana kira-kira AS$8 juta (RM34 juta) dalam tempoh sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia