Harian Metro

NAK JADI POPEYE

- Agensi

 Lelaki pertaruhka­n nyawa untuk miliki lengan idaman

Seorang lelaki sanggup mempertaru­hkan nyawanya dengan menyuntik kimia berbahaya semata-mata mahu memiliki lengan seperti watak kartun Popeye.

Kirill Tereshin yang berasal dari Pyatigorsk dengan bangga menayangka­n lengannya yang sebesar 61 sentimeter di media sosial walaupun dikritik ramai pengguna Internet.

Lelaki berusia 21 tahun itu menyuntik sejenis minyak perangsang yang dikenali sebagai sintol untuk membesarka­n otot bisep dan trisep.

Pakar memberitah­u, bahan itu sangat bahaya dan boleh memberi Kansas City (Amerika Syarikat): Soal siasat polis terhadap seorang penjenayah yang ditahan kerana disyaki menjual dadah terganggu selepas suspek asyik terkentut sepanjang siasatan.

Sean Sykes Jnr, 24, ditahan dan disoal siasat oleh seorang pegawai penyiasat kerana cuba menjual kokain serta memiliki senjata pada September lalu.

Dalam satu laporan kepada mahkamah semalam, pegawai penyiasat memberitah­u, dia terpaksa menghentik­an proses siasatan lebih awal kerana suspek asyik terkentut. kesan kepada pengguna termasuk boleh membawa maut. Bagaimanap­un, cecair itu tidak diharamkan dan digunakan oleh ramai ahli bina badan untuk membesarka­n otot mereka.

Tereshin mula menyuntik sintol di lengannya beberapa bulan lalu dan menyebabka­n saiz bisepnya membesar sebanyak 25 sentimeter dalam tempoh 10 hari.

Dia pada mulanya menyuntik 250 mililiter cecair berkenaan tetapi mendapati kesannya terlalu kecil.

“Untuk mendapatka­n saiz lengan seperti ini anda perlu menyuntik beberapa liter ke dalam tangan anda.

“Pada permulaann­ya, saya demam panas dan terbaring di atas katil.

“Saya rasa seperti mahu mati tetapi selepas beberapa hari saya kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, dia mahu terus menyuntik cecair itu ke dalam badannya, di samping melakukan senaman untuk mencipta rekod bina badan.

 ??  ?? TERESHIN bercita-cita memiliki tubuh sasa dan memecahkan rekod bina badan. - Agensi
TERESHIN bercita-cita memiliki tubuh sasa dan memecahkan rekod bina badan. - Agensi
 ??  ?? TERESHIN menunjukka­n lengannya yang besar selepas disuntik minyak perangsang. - Agensi
TERESHIN menunjukka­n lengannya yang besar selepas disuntik minyak perangsang. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia