Harian Metro

Penjenayah asyik buang angin ketika soal siasat

-

“Selepas saya bertanyaka­n soalan, Sykes mengiringk­an badannya dan terus mengeluark­an angin dengan kuat.

“Dia terus terkentut beberapa kali menyebabka­n saya terpaksa menghentik­an proses soal siasat,” katanya dalam laporan itu.

Sykes mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan dia juga tidak dikenakan sebarang tindakan susulan sikap buruknya ketika disoal siasat.

Bagaimanap­un, lelaki itu kembali ditangkap pada bulan ini kerana didapati memiliki senjata api yang dicuri.

Polis memeriksa sebuah kereta yang dipandu Sykes sebelum menemui pistol jenis .357 Magnum yang dilaporkan hilang beberapa hari sebelum itu.

Menurut dokumen mahkamah, polis turut menemui ganja dan kokain dalam kenderaan berkenaan. - Agensi

 ??  ?? SYKES
SYKES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia