Harian Metro

Saya akan pulang - Hariri

-

Beirut: Bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri semalam berkata, dia akan kembali ke Lubnan dari Arab Saudi dalam tempoh dua atau tiga hari lagi bagi mengesahka­n bahawa dia sudah melepaskan jawatan itu.

Dalam satu wawancara di stesen televisyen yang dimilikiny­a, Saad juga memberi bayangan dia kemungkina­n menarik balik keputusan berkenaan.

Pemimpin Islam Sunni paling berpengaru­h di Lubnan dan sekutu Arab Saudi itu membuat komen pertama selepas membacakan kenyataan peletakan jawatannya di sebuah stesen televisyen di Riyadh lapan hari lalu.

Saad berkata, Lubnan berisiko dikenakan sekatan ekonomi oleh negara Arab kerana campur tangan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di Yaman dan Bahrain.

Hezbollah adalah sebahagian kerajaan campuran yang diketuai Saad.

Saad juga sekali lagi menegaskan bahawa negara itu mesti mengekalka­n dasar tidak menyebelah­i mana-mana pihak dalam konflik serantau.

“Saya bebas di sini dan sekiranya saya mahu pulang esok, saya akan pulang. Saya ada keluarga dan menjadi hak saya untuk melindungi mereka,” katanya. - Reuters

 ?? - AFP ?? SAAD al-Hariri bercakap dalam satu wawancara di stesen televisyen Future TV kelmarin.
- AFP SAAD al-Hariri bercakap dalam satu wawancara di stesen televisyen Future TV kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia