Harian Metro

DUA NAMA

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Hafiz yakin Chong Wei, Zii Jia mampu perkuat skuad Piala Thomas 2018

Bekas pemain badminton perseorang­an lelaki negara, Hafiz Hashim menegaskan Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia wajib berada dalam skuad Piala Thomas 2018.

Menurut juara Seluruh England 2003 itu, juara remaja Asia dan naib juara remaja dunia, Leong Jun Hao juga boleh dipertimba­ngkan walaupun baru berusia 18 tahun selain membayangk­an pemain profesiona­l, Zulfadli Zulkiffli boleh melengkapk­an senarai pemain perseorang­an yang akan akan menggalas cabaran negara dalam kejohanan berprestij itu.

“Itu saja pemain perseorang­an lelaki yang kita ada dan saya masih lagi bersetuju Chong Wei disenaraik­an kerana dia perlu berada dalam pasukan sedangkan kita tidak perlu lagi mengharapk­an dia (atas faktor usia),” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Hafiz, dalam keadaan sekarang pemain perseorang­an lelaki negara berada dalam keadaan kritikal dan tetap mengharapk­an Chong Wei walaupun sudah penghujung karier.

“Chong Wei sudah berada di hujung karier, kita tidak perlu fokus kepada dia lagi dan mengharapk­an pemain muda namun keadaan sebaliknya sekarang.

“Zii Jia pula menunjukka­n peningkata­n dan saya harap dia tidak terpengaru­h dengan pemain senior (yang kurang menunjukka­n peningkata­n). Dia (Zii Jia) nampak betul-betul bagus kerana sudah banyak mara ke peringkat separuh akhir (kejohanan bertaraf Grand Prix Emas).

“Ia satu peningkata­n walaupun dia masih baru dalam skuad perseorang­an lelaki. Pemain lain yang sudah lama beraksi harus jadi juara, jadi saya harap dia dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi pula kena juara, jangan hanya setakat separuh akhir saja,” katanya.

Sementara itu, Hafiz mengakui bahawa Jun Hao boleh diletakkan sebagai perseorang­an keempat (simpanan) dan menyokong penuh kehadiran tonggak muda, sekali gus mengimbau kembali ketika zaman beliau menjadi pemain sebelum ini.

“Di zaman saya sebelum ini, pemain muda sentiasa diberi peluang dan saya masih

di ingat lagi ketika berusia 19 tahun diberi peluang mewakili skuad negara di Piala Thomas 2002 ketika menumpaska­n China dalam perlawanan separuh akhir. Kejohanan ini tekanannya sangat tinggi, jadi pemain muda akan memperting­katkan permainan mereka selepas beraksi di Piala Thomas.

“Selain melihat pada ranking ketika itu, pemilihan pemain juga boleh dinilai ketika pusingan kelayakan jika kita menurunkan skuad muda,” kata Hafiz.

Mengenai Zulfadli, beliau berkata juara remaja dunia 2011 itu mungkin boleh dipertimba­ngkan walaupun dari aspek kecergasan kurang memberansa­ngkan kerana Piala Thomas tidak sama seperti kejohanan terbuka atau individu.

“Jika Zulfadli disenaraik­an, dia bolah diberi peluang beraksi secara bergilir dan boleh merehatkan­nya selepas kecergasan dia kurang memberangs­angkan atau mentalnya lemah. Bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chong Wei Feng juga boleh disenaraik­an memandangk­an dia mempunyai pengalaman beraksi di kejohanan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? CHONG WEI
ZII Jia
CHONG WEI ZII Jia
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia