Harian Metro

Liga Badminton Air Asia-BAM ketengah bakat baru

-

Kuala Lumpur: Liga Badminton Air Asia-BAM peringkat negeri Perlis berlangsun­g Khamis lalu hingga semalam jelas mencapai matlamat ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mahu melahirkan pemain mempunyai semangat berpasukan.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Perlis (PBPs), A’amar Hashim

(gambar), kejohanan dianjurkan membabitka­n beberapa sekolah itu juga berjaya mencungkil bakat baru yang mampu diserapkan ke pasukan projek negeri.

“Kejohanan ini memang bertujuan membina semangat berpasukan dalam kalangan pemain kerana sebelum ini kita hanya melihat mereka daripada aspek individu saja. Ia adalah harapan BAM sendiri untuk mencapai matlamat berkenaan kerana sudah lama kita tidak merangkul kejuaraan berpasukan, dengan kali terakhir pada 1992 (Piala Thomas),” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengharapk­an semangat berpasukan harus diterapkan dari peringkat negeri.

“Apabila kejohanan berpasukan diadakan ia tidak bermakna kita kurang menitikber­atkan soal individu. Secara automatik kelebihan individu dapat dilihat, cuma kita mahu melihat bagaimana pemain mengawal tekanan dan mencongak taktikal apabila bermain kejohanan berpasukan.

“Secara keseluruha­n kejohanan ini berjalan lancar, baik untuk pasukan lelaki mahupun wanita. Dalam masa sama kita berjaya melihat sekolah mempunyai pemain berbakat. Kita juga ada menubuhkan jawatankua­sa untuk melihat pemain berkeboleh­an diserapkan ke skuad negeri,” katanya yang juga Naib Presiden BAM.

Kata A’amar, matlamat mereka untuk melahirkan lebih ramai lagi pemain berbakat juga tercapai apabila setiap sekolah di Perlis sudah membuka mata untuk mereka mempersiap­kan pasukan mantap menjelang edisi kedua kejohanan berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia