Harian Metro

Galas tugas besar Najib intai emas Sukan Asia 2018 Jakarta

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

 Pandelela mahu raih emas sebanyak mungkin selepas tiga kali tersenarai dalam Program Podium

Kuala Lumpur: Kejayaan kekal dalam Program Podium membakar semangat atlet para, Mohd Najib Turano untuk mengintai pingat emas acara lumba basikal kejar-mengejar 4 kilometer C4 (kecacatan kaki) di Sukan Asia

(gambar)

2018 Jakarta.

Najib yang gembira dan bersyukur apabila mendapat tahu namanya masih kekal dalam Program Podium berkata dia juga kini sedang giat membuat persiapan rapi bagi menyertai acara pecut berpasukan di Sukan Asia itu nanti.

Pelumba berasal dari Banting dan berusia 30 tahun itu juga akan menyertai dua acara lain – ujian masa lebuh raya dan dan 1km individu lelaki – di temasya terbesar benua ini.

“Sebenarnya masih banyak yang perlu diperbaiki jika mahu menang emas acara individu di Sukan Asia kerana saingan sengit pasti akan datang dari China yang pernah menjadi kuasa besar sukan berbasikal para Asia dan dunia.

“Justeru, sasaran utama saya sekarang adalah untuk menang emas atau perak acara kejar mengejar 4km selepas meraih gangsa di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan 2014,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Najib berkata keputusan muktamad mengenai bilangan sebenar acara bakal disertainy­a hanya akan diputuskan berdasarka­n prestasiny­a tahun depan.

Selepas kali ketiga tersenarai ke dalam Program Podium, ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg berharap dapat menyumbang lebih banyak kejayaan apabila program elit itu kini menyediaka­n lebih banyak kemudahan buat atlet terpilih.

“Berbanding dulu, kali ini mereka (Institut Sukan Negara (ISN) akan menyediaka­n pakar psikologi, pasukan bio mekanik dan pakar fisioterap­i yang akan ikut kami bukan saja ke kejohanan disertai tetapi juga ketika

Nama Najib mula meniti di bibir peminat lumba basikal negara selepas berjaya meraih empat emas, masing-masing dua dalam acara berbasikal lebuh raya dan trek Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, gus membolehka­nnya membawa pulang RM50,000 daripada Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara, baru-baru ini.

Sebelum ini, Pengarah Program Podium, Tim Newenhem mengumumka­n 146 atlet normal dan para daripada 22 sukan termasuk 26 muka baru tersenarai di bawah program elit itu mulai Januari 2018 sebagai persiapan awal menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan.

Selain Najib, tiga atlet basikal lain turut tersenarai dalam Program Podium ialah Aiman Asyaf Ahmad Bajuri (tandem) dan Mohd Khairul Azwan (tandem/visual) dan Afiq Afiffy Rizan (pecut lelaki/1km dan 4km).

Seramai 13 atlet dari sukan terjun, gimnastik berirama, karate, silat, bowling, angkat berat, memanah para, olahraga para, powerlifti­ng dan renang para digugurkan daripada Program Podium kerana gagal menyerlah dan tidak mencapai kriteria ditetapkan ISN. kem latihan.

“Usaha menambah baik ini sudah pasti membantu daripada segi latihan dan persiapan kami,” katanya selepas menerima Anugerah Ikon Sukan Yakult 2017 sebaik tiba dari Gold Coast di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) 2, di sini, semalam.

Pandelela, 24, disenarai ke dalam Program Podium sejak dilancarka­n pada 2016 lalu dan sekali lagi dipilih bagi program tahun depan bersama enam lagi penerjun negara.

Keseluruha­n 146 atlet negara dipilih ke dalam Program Podium tahun depan berbanding 117 tahun ini.

Penerjun yang berasal dari Sarawak itu, berkata program itu banyak membantu atlet mencapai kejayaan dan menjadi tanggungja­wab buatnya untuk menghasilk­an keputusan yang baik.

Terdahulu, Pandelela menerima sijil penghargaa­n

“Setakat ini, kempen WOSB (Siri Dunia Bowling) berlangsun­g dengan baik,” kata Rafiq. “Ada kalanya cubaan saya membuahkan hasil dan ada kala sebaliknya.

“Setidak-tidaknya, saya mempunyai tiga acara untuk diberikan tumpuan selepas melayakkan diri untuk Kejuaraan Cheetah PBA (di kedudukan keenam) dan Kejuaraan Dunia PBA yang menjadi kemuncak untuk lima kejohanan siri.” dan tajaan Yakult selama enam bulan selepas diiktiraf pemenang Anugerah Ikon Sukan Yakult 2017 daripada Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada.

Namun, rakan sepasukann­ya, Adrian Ang yang melayakkan diri ke match play di Chameleon PBA terlepas tiket kelayakan ke Kejuaraan Dunia PBA apabila hanya kekurangan tiga jatuhan pin.

Dia menamatkan saingan di kedudukan ke-51 dengan jumlah jatuhan pin keseluruha­n, 8,909.

Saingan untuk pusingan seterusnya untuk keseluruha­n empat siri ini dijadual bermula hari ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? PANDELELA terima Anugerah Yakult daripada Hiroshi.
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR PANDELELA terima Anugerah Yakult daripada Hiroshi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia