Harian Metro

Faizal mahu manfaat peluang beraksi di Oman

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari akan memanfaatk­an sepenuhnya peluang beraksi Liga Hoki Kebangsaan Oman bermula Khamis ini untuk mengekalka­n tahap kecergasan­nya menjelang kalendar padat yang akan dilalui Malaysian Tigers sepanjang tahun depan.

Faizal yang akan beraksi bersama Sohar Sporting Club (SC) selama kira-kira sebulan, mengaku meskipun tahap liga di sana lebih rendah berbanding Liga Hoki Malaysia (LHM), namun dia menegaskan apa yang penting adalah untuknya menimba pengalaman.

“Memang ketika kali pertama menerima tawaran ini saya sedar liga di sana tidaklah begitu kompetitif.

“Tetapi objektif utama saya adalah untuk mengekalka­n tahap kecergasan dalam menghadapi saingan yang lebih sukar sepanjang tahun depan.

“Saya akan menggunaka­n pengalaman sepanjang beraksi di luar negara sebelum ini pada saingan di Oman. Saya juga sudah mendapat surat pelepasan daripada MHC (Konfederas­i Hoki Malaysia) hari ini,” katanya yang akan berlepas hari ini.

Faizal yang enggan mendedahka­n jumlah tawaran diterimany­a daripada kelab itu berkata, wang bukanlah soal utamanya baginya.

“Saya pernah beraksi di Liga Australia, Jerman dan India. Setiap liga itu mempunyai pengalaman cukup berbeza.

“Begitu juga di Oman. Saya berharap dapat meraih pengalaman baru,” katanya.

 ??  ?? FAIZAL ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan.
FAIZAL ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia