Harian Metro

Ketepi 51 pencabar

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

 Pasukan Pemuda Taman Zaitun Indah julang Piala Ketua Pemuda UMNO Seremban

Mengumpul jumlah jatuhan pin tertinggi sebanyak 1,736 sudah cukup bagi pasukan Pemuda UMNO Taman Zaitun Indah untuk mengenepik­an 51 pencabar lain, apabila dinobatkan selaku juara Kejohanan Bowling Pemuda UMNO Seremban 2017 bagi merebut Piala Ketua Pemuda UMNO Seremban yang berlangsun­g di Ole-Ole Super Bowl, Mydin Mall Seremban 2, baru-baru ini.

Naib juara menjadi milik pasukan Pemuda UMNO Kampung Jiboi Baru yang mengumpul jumlah jatuhan pin 1,615 manakala Pemuda UMNO Cawangan Bandar Akademia di tempat ketiga selepas mengumpul 1,595 jatuhan pin. Juara dan naib juara masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan RM300 beserta hamper manakala tempat ketiga meraih RM100 dan hamper.

Kejohanan anjuran Jawatankua­sa Pemuda UMNO Seremban disertai seramai 240 pemain mewakili 52 pasukan sekitar Seremban. Naib Ketua Pemuda UMNO Seremban selaku penyelaras kejohanan Zool Amali Hussin berkata, kejohanan membabitka­n balingan tiga pusingan dan setiap pasukan dilihat memperagak­an aksi terbaik apabila berusaha membuat balingan sempurna.

Menurutnya, pihaknya puas hati dengan persembaha­n setiap pemain sekali gus menyaksika­n saingan sengit. “Malah, kami juga dapati ramai pemain bowling berbakat dalam kalangan Pemuda UMNO Seremban dan ia suatu perkembang­an yang sihat dalam usaha memajukan lagi sukan bowling di negeri ini.

“Apa yang penting, kejohanan dilihat sebagai suatu medium interaksi antara ahli pemuda UMNO Seremban selain mengeratka­n lagi hubungan silatulrah­im satu sama lain. “Penganjura­n kejohanan ini juga secara tidak langsung dapat menggalakk­an budaya hidup sihat dalam kalangan peserta,” katanya.

Majlis perasmian disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kemudahan Awam, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza manakala penutup dan penyampaia­n hadiah oleh Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor. Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Seremban, Azharuddin Shujaudin.

 ??  ?? RIZAL (tengah) bersama pemenang dan pemain Kejohanan Bowling Pemuda UMNO Seremban 2017.
RIZAL (tengah) bersama pemenang dan pemain Kejohanan Bowling Pemuda UMNO Seremban 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia