Harian Metro

Pulau Pinang jagoan MIFA

-

Nilai: Selepas melakar kejayaan muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja (PERR), pasukan Pulau Pinang terus mencipta nama apabila menjuarai Karnival Bola Sepak MIFA 2017 bagi kategori Bawah 23 yang berlangsun­g di Stadium Tuanku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kelmarin.

Kejayaan itu sekali gus memastikan pasukan mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

(gambar)

Pulau Pinang menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan akhir hasil jaringan M Yogelingam untuk menjulang trofi Tun S Samy Vellu.

Jurulatih Pulau Pinang, M Goviraj berkata, pihaknya tidak menyangka dapat menjulang kejuaraan itu buat kali kedua biarpun hanya membuat persiapan selama dua minggu sebelum kejohanan.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua pihak dan komitmen tinggi setiap pemain yang bekerja keras memberikan persembaha­n terbaik sepanjang saingan.

“Saya puas hati dengan komitmen setiap pemain sepanjang kejohanan sehingga membolehka­n kami berjaya mempertaha­nkan kejuaraan. Walaupun sasaran awal sekadar mahu layak ke peringkat separuh akhir tetapi pemain sudah memberikan satu keputusan luar dugaan dengan menjulang kejuaraan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia