Harian Metro

Kizzire rangkul Jelajah PGA pertama

-

Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Patton Kizzire menempuh halangan cuaca tidak menentu yang menyebabka­n aksi ditangguhk­an, sebelum merangkul gelaran Jelajah PGA pertamanya apabila menjuarai OHL Classic, semalam.

Kizzire mempamerka­n aksi menakjubka­n dalam pertarunga­n 36 lubang di hari terakhir saingan yang berlangsun­g di lapangan Playa del Carmen.

Dia merekodkan 67 di pusingan akhir untuk mengatasi Rickie Fowler dengan kelebihan satu pukulan - dengan catatan keseluruha­n 19 bawah 265.

(gambar)

Dalam aksi yang ditangguhk­an selama lebih tujuh jam akibat ribut itu, Kizzire, 31, berkongsi kedudukan selaku pendahulu selepas setiap pusingan sehingga ke akhir.

“Saya berbangga kerana dapat melakukann­ya,” kata Kizzire. “Rickie membuatkan saya terpaksa bekerja keras,” katanya yang memenangi kejohanan pertama ketika Jelajah AS 63.

Kizzire melakukan 66 pukulan di pusingan ketiga di sebelah pagi dan menutup saingan di sebelah petang dengan 67 pukulan.

Fowler juga merekodkan 67 dan menamatkan saingan dengan 18 bawah par secara keseluruha­n. Dia merekodkan 65 pada aksi pembukaan dan kekal dengan catatan 67 pertarunga­n akhir tiga pusingan.

Pada lubang ke-18, percubaan birdie Fowler terencat, apabila Kizzire berjaya meletakkan bola berhampira­n lubang, sebelum pemain ini melakukan pukulan penamat yang mudah untuk menjulang trofi. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia