Harian Metro

Brazil mula cemas

-

 Kontrovers­i melanda Neymar meresahkan skuad Samba

Segala tumpuan pasti terarah kepada bintang utama, Neymar ketika Brazil bersedia untuk mengharung­i perlawanan terakhir bagi tahun 2017 menentang England di Wembley, awal pagi esok.

Sekali pun sudah meledak 11 gol daripada 12 perlawanan sejak perpindaha­n memecah rekod dunia ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona, berita mengenai perbalahan dengan rakan sepasukan serta jurulatih, Unai Emery lebih mendapat perhatian.

Neymar tampak ‘rapuh’ ketika sidang media selepas kemenangan 3-1 Brazil ke atas Jepun pada aksi persahabat­an di Lille, Jumaat lalu apabila mengalirka­n air mata selepas jurulatih, Tite bangkit mempertaha­nkannya sebelum bergegas meninggalk­an bilik berkenaan.

“Apabila kamu adalah idola, contoh kepada ramai orang, kamu perlu menjadi sempurna dan amat jelas saya tidak seperti itu,” kata Neymar sebelum tindakanny­a itu.

“Saya adalah lelaki muda yang berusia 25 tahun dan masih banyak ingin dipelajari dalam bola sepak.”

Neymar secara umumnya menyinar di Ligue 1, sejak melengkapk­an perpindaha­n bernilai 222 juta euro (RM1.22 bilion) dari Barcelona, tetapi prestasi terkininya mula menunjukka­n tanda kurang selesa.

Dia diarah keluar padang ketika PSG mencatat keputusan seri 2-2 di Marseille, selepas dilayangka­n kad kuning kedua susulan tindak balasnya terhadap terjahan yang dilakukan Lucas Ocampos.

Sekali pun menjaringk­an gol ketika menentang Jepun, dia turut dilayangka­n kad kuning atas kekasaran ke atas Hiroki Sakai - yang juga beraksi untuk Marseille.

Lebih membimbang­kan bagi peminat PSG, timbul laporan di Brazil yang mengatakan Neymar sudah pun meluahkan kekesalann­ya meninggalk­an Barcelona.

Dia sudah kembali ke Catalan sebanyak dua kali sejak awal musim ini dan gambarnya bersama Lionel Messi dan Luis Suarez turut dirakam.

Tetapi bagi rakan sepasukann­ya di PSG, Kylian Mbappe, reaksi emosional Neymar ketika sidang media berkenaan menunjukka­n bintang itu juga manusia biasa.

“Dia membuktika­n dia adalah lelaki seperti orang lain,” kata Mbappe kepada televisyen Perancis, TF1.

“Dia sama seperti kami, dia memiliki dua tangan, dua kaki dan satu hati.

“Dia juga boleh terganggu dengan semua kritikan yang diperolehn­ya. Daripada luar, dia menunjukka­n riak yang dia tidak terganggu, sekali pun di sana (Lille) apabila dia keluar.

“Apabila kamu berada di dalam, dia membukanya kepada kamu dan menunjukka­n dia adalah normal.” AFP

 ??  ?? NEYMAR (kanan) diasak Sakai dalam aksi persahabat­an minggu lalu.
NEYMAR (kanan) diasak Sakai dalam aksi persahabat­an minggu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia