Harian Metro

Kapten England bertukar lagi

-

London: Pengurus England, Gareth Southgate menimbang untuk menukar kapten pasukan bagi aksi persahabat­an antarabang­sa bertemu Brazil, awal pagi esok dalam usaha meningkatk­an stok pemimpin dalam skuad Three Lions menjelang Piala Dunia 2018.

Southgate tampak gembira untuk menggilirk­an barisan pemimpinny­a di atas padang dengan Eric Dier menjadi kapten keenam England ketika skuad bimbingann­ya mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Jerman di Wembley, Jumaat lalu.

(gambar)

Perlawanan seterusnya bagi England yang juga aksi terakhir bagi 2017 adalah menentang Brazil dan sekali pun Southgate gembira dengan prestasi Dier yang juga pemain tengah Tottenham Hotspur, dia tetap berfikir untuk memberikan lilitan kapten kepada pemain lain.

“Saya akan berfikir mengenainy­a pada perlawanan Selasa ini,” katanya.

“Kuncinya adalah untuk membina kumpulan pemain yang gembira memimpin dan boleh memegang tanggungja­wab.

“Eric adalah seorang lagi pemain yang memiliki kematangan yang hebat dan memahami taktikal permainan.

“Dia boleh menunjukka­n sedikit lagi kuasanya dari masa ke semasa dan memberikan impak yang besar kepada orang lain.”

Southgate yang juga bekas pemain kebangsaan England menambah: “Sebahagian daripada alasannya adalah untuk berkata ‘ayuh, kamu boleh menjadi pemimpin dalam kumpulan ini’ dan berharap dia juga akan meningkat daripada pengalaman itu juga.” - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia