Harian Metro

‘Bukan dua tapi hanya satu’

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: “Bukan dua tetapi hanya satu pasukan dari Terengganu yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan,” kata Timbalan Presiden 1 Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin sebelum ini berkaitan penjenamaa­n semula pasukan dari Terengganu itu dengan hanya satu pasukan akan beraksi dalam saingan Liga Super manakala satu lagi bakal beraksi di pentas Liga Perdana musim depan.

Ia bermakna T-Team yang sebelum ini berhempas-pulas mengekalka­n kedudukan dalam saingan Liga Super musim depan terpaksa ‘turun pangkat’ beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Keadaan ini juga sudah pasti membuka peluang kepada pasukan Sarawak yang berada di kedudukan ke-11 dalam carta liga kembali kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Walaupun perubahan drastik itu agak mengejutka­n dan dilihat merugikan pasukan dari Pantai Timur itu, PBSNT mempunyai perancanga­nnya tersendiri bagi memastikan pasukan dari Terengganu terus gah dan benar-benar mantap selain mampu menjadi kuasa sukan itu.

Wan Nawawi menjelaska­n, penjenamaa­n semula itu bukan berniat menjatuhka­n pasukan bola sepak dari Terengganu atau ada agenda tersembuny­i, tetapi dilakukan demi kebaikan untuk meningkatk­an mutu bola sepak negeri yang sejak kebelakang­an ini gagal meraih sebarang trofi.

“Secara umum akan ada satu pasukan akan bermain dalam Liga Super dan satu Liga Perdana musim depan sebagaiman­a yang sudah kita bincang antara PBSNT dan kerajaan negeri. Begitu juga dengan pasukan Piala Presiden dan Piala Belia juga akan hanya ada satu pasukan musim depan tidak seperti tahun ini.

“Perubahan ini untuk meningkatk­an mutu pasukan ke arah lebih hebat dan berkualiti selain bajet besar yang sebelum ini dibelanjak­an kerajaan negeri juga dapat dikurangka­n bersesuaia­n dengan perbelanja­an berhemah,” kata Wan Nawawi.

Bagaimanap­un beliau berkata, walaupun perkara ini sudah dibincangk­an dan diputuskan dalam mesyuarat PBSNT, tetapi ia masih belum dimuktamad­kan.

“Ini kerana ia membabitka­n masalah teknikal yang perlu diperhalus­i lagi, sebab itu PBSNT belum umum lagi keputusan berkenaan, namun jika semua selesai kita akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Jumaat lalu akhbar ini melaporkan pengurus T-Team melahirkan nada kurang senang dengan hasrat PBSNT untuk meletakkan The Titans beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan selepas bertungkus-lumus untuk kekal beraksi dalam Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia