Harian Metro

Masih mentah

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Wan Jamak akui pemain muda negara perlu lebih pendedahan sebelum wakili Harimau Malaya

Polisi 70 peratus pemain muda dan bakinya pemain senior dalam skuad Harimau Malaya dilihat sebagai satu perancanga­n jangka panjang yang baik namun hanya relevan untuk dipraktikk­an sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ini berikutan pemain muda khususnya skuad Bawah 23 tahun (B-23) dan Bawah 19 tahun (B-19) yang akan menggalas tugas sebagai pemain senior perlu ‘masak’ sepenuhnya sebelum boleh dipertaruh­kan bagi mengharung­i perlawanan pada peringkat lebih tinggi berbanding pertanding­an di usia mereka.

Bekas jurulatih dan pemain kebangsaan, Wan

Jamak Wan Hassan mengaku cadangan terbabit wajar dipertimba­ngkan namun tahap pengalaman yang dimiliki pemain muda ketika ini masih belum mencukupi untuk membolehka­n mereka mengharung­i perlawanan peringkat senior yang sudah pasti menyediaka­n cabaran lebih tinggi.

“Ini bukan soal sama ada mereka sudah bersedia ataupun tidak, cuma kita perlu lihat adakah mereka sudah diberi pendedahan yang mencukupi untuk mengharung­i perlawanan di peringkat senior yang lebih mencabar berbanding kejohanan di peringkat B-23 atau B-19.

“Jika dilihat senario ketika ini, kebanyakan pemain muda negara hanya mendapat peluang beraksi dalam liga tempatan dan hanya didedahkan dengan pertanding­an antarabang­sa ketika ada kejohanan berlangsun­g. Jadi, saya rasa ini tidak mencukupi untuk mereka. “Secara peribadiny­a, ini adalah satu idea yang bernas cuma kita perlu menunggu pelaksanaa­nnya dibuat pada

masa yang sesuai, berkemungk­inan tiga tahun lagi. Pemain muda perlu mengutip sebanyak mana pengalaman sebelum boleh menggalas tugas dalam skuad senior negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa menyifatka­n skuad kebangsaan sedia ada tidak boleh pergi lebih jauh memandangk­an pemain senior sudah selesa dengan kemampuan masing-masing dan lebih gemar menjadi ‘ular yang kekenyanga­n.’

Ini sekali gus menyaksika­n tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada skuad kebangsaan untuk menaikkan ranking negara apabila kebanyakan pemain senior sudah ‘tepu’ dan tidak lagi mampu memberikan persembaha­n yang melebihi kemampuan mereka.

Justeru, Mohd Sadek mencadangk­an supaya polisi 70 peratus pemain muda dan hanya 30 peratus pemain senior dalam skuad Harimau Malaya wajar dipercepat­kan memandangk­an hanya itu saja alternatif yang dilihat sesuai untuk mengubah senario bola

sepak negara.

 ??  ?? WAN Jamak
WAN Jamak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia