Harian Metro

Kena bedil lagi

- Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram, Thailand zulfaizan@bh.com.my

Perjuangan Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 berkubur di bumi Buriram selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tangan Korea Utara di Stadium I-Mobile, semalam.

Kekalahan 1-4 itu menyaksika­n skuad kendalian Nelo Vingada kekal di kedudukan tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata selepas lima perlawanan.

Malah, ia sudah pasti keputusan yang sangat mengecewak­an buat Vingada yang masih gagal meraih sebarang kemenangan selepas dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya, Mei lalu.

Pada aksi semalam, Vingada melakukan kejutan apabila menyenarai­kan sebahagian besar pemain muda termasuk Nor Azam Abdul Azih, Adam Nor Azlin, Syafiq Ahmad dan Khairil Anuar Zamri yang kali pertama beraksi untuk skuad senior.

Harimau Malaya bagaimanap­un hanya mampu bertahan selama 15 minit apabila Kim Yu Song meledak gol pertama Korea Utara selepas menanduk masuk bola sepakan penjuru Jong Il Gwan.

Lima minit kemudian, pintu gol Harimau Malaya bocor buat kali kedua juga menerusi Yu Song yang sekali lagi menyudahka­n sepakan penjuru Il Gwan.

Yu Song melengkapk­an hatrik pada minit ke-44 apabila tenang menolak masuk bola hantaran Kim Yong Il sekali gus menyaksika­n penjaga gol, Hafizul Hakim

 Anak buah Vingada gagal sekat kerakusan Korea Utara

Khairul Nizam Jothy tewas buat kali ketiga.

Korea Utara meneruskan malam gemilang mereka apabila Pak Kwang Ryong menyudahka­n hantaran Ri Un Chol pada minit ke-79.

Safawi Rasid yang masuk menggantik­an Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-85 namun sudah terlambat untuk Harimau Malaya.

Harimau Malaya akan melengkapk­an aksi terakhir kumpulan berdepan Lubnan di gelanggang lawan pada 27 Mac depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia