Harian Metro

Lubang misteri keluar wap panas

-

panas itu kelihatan umpama asap tebal pada waktu pagi,” kata Jude Baking, 54, penduduk Kampung Kolubaan, Kiulu, di sini.

Jude antara saksi lubang misteri mengeluark­an wap panas berhampira­n simpang kampung berkenaan.

Jude mendakwa, dia menemui lubang itu 1 September lalu selepas dimaklumka­n sekumpulan remaja yang pulang daripada menangkap ikan di sungai berhampira­n.

“Mereka saksi awal sebelum memaklumka­nnya kepada saya. Saya dapati lubang itu kekal panas sehingga kini,” katanya ditemui di lokasi, semalam.

Menurut Jude, dia tidak menyangka video berdurasi 31 saat yang dirakam penduduk dan foto lubang misteri itu tular sejak semalam.

Difahamkan, kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tuaran sudah memantau kawasan itu berikutan kejadian berlaku di tepi Jalan KiuluPahu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Bencana

Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Felix Tongkul berkata, sebaik menyaksika­n rakaman video dan gambar yang tular, beliau mentafsirk­an ia adalah fenomena biasa akibat susutan tanah serta pereputan kayu.

“Saya tidak menolak kemungkina­n ia disebabkan susutan tanah akibat pereputan kayu yang lama berada dalam tanah di mana ia bercampur aduk dengan bahan kayu.

“Bahan kayu yang reput boleh menghasilk­an gas metana dan ia keluar melalui ruang udara seperti wap,” katanya dihubungi.

 ??  ?? JUDE menghulurk­an tangan untuk merasa wap panas yang keluar dari lubang misteri.
JUDE menghulurk­an tangan untuk merasa wap panas yang keluar dari lubang misteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia