Harian Metro

Berita palsu empangan bocor

 Kerajaan negeri jamin kolam takungan di Bengoh kukuh dan selamat

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

Kerajaan negeri menafikan Empangan Bengoh di Hulu Sungai Sarawak Kiri menunjukka­n tanda kebocoran daripada bahagian bawah dinding empangan berkenaan sebagaiman­a yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Berdasarka­n maklumat yang ditularkan, kononnya empangan yang menakung 144 juta meter kubik air itu mengalami kebocoran dan bakal menjejaska­n 3,500 penduduk sekitarnya.

Untuk rekod, di kawasan berhampira­n empangan berkenaan ada lima kampung iaitu Kampung Bengoh, Kampung Danu, Kampung Semadang, Kampung Giam dan Kampung Git, selain perkampung­an berdekatan dari Sungai Sarawak Kiri menuju ke Batu Kitang.

Menteri Utiliti negeri Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata, kerajaan negeri memberi jaminan struktur Empangan Bengoh kukuh dan stabil.

Menurutnya, ia berdasarka­n laporan daripada pakar perunding empangan, Halcrow Consultant dari United Kingdom (UK) ketika lawatan pemeriksaa­n berkala di tapak empangan itu pada akhir Oktober lalu, selain disemak pakar empangan berkecuali dari Australia.

Katanya, penurunan paras air di empangan itu baru-baru ini dirancang dengan melepaskan air melalui saluran pembetung, bukannya akibat kebocoran empangan.

“Ia juga dilakukan selaras dengan prosedur operasi sebagaiman­a yang dinasihati oleh pakar yang mengendali­kan empangan itu. Keselamata­n dan integriti empangan ini tidak terjejas.

“Pengaliran atau lelehan air melalui sendi pergerakan (movement joints) daripada struktur empangan ini sudah dijangka, bukannya ‘keretakan’ seperti yang didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam yang turut dihadiri Menteri Muda Bekalan Air negeri Datuk Liwan Lagang dan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar negeri Dr Abdul Rahman Junaidi.

Rundi berkata, penduduk juga tidak perlu bimbang kerana faktor keselamata­n empangan itu tertakluk kepada Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) yang juga prosedur operasi standard (SOP) bagi empangan yang dibina di seluruh dunia.

“Jika situasi kecemasan di luar jangkaan berlaku, pihak berkenaan termasuk penduduk akan dimaklumka­n serta-merta dan pelan pemindahan akan dijalankan.

“Pemantauan berkala terhadap pergerakan struktur empangan juga dilakukan dan diteruskan mengikut SOP empangan,” katanya.

 ??  ?? EMPANGAN Bengoh di Padawan dijamin tidak akan mengancam keselamata­n lebih 2,000 penduduk di tujuh kampung.
EMPANGAN Bengoh di Padawan dijamin tidak akan mengancam keselamata­n lebih 2,000 penduduk di tujuh kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia